Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hari Kebangsaan: Suasana Merdeka...

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula...

Ahok Akan Didakwa Kerana...

JAKARTA - Penyandang Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok,...

Wozniacki Mara Ke Pusingan...

KUALA LUMPUR - Pilihan utama Caroline Wozniacki melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Tenis...

Harga Tiket Kereta Api...

GEORGE TOWN - Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan menaikkan harga tiket...

Infrastruktur Asas Di Labuan Akan Terus Diperbaiki

LABUAN – Infrastruktur asas di beberapa kampung di sini akan dinaik taraf dan diperbaiki apabila mendapat peruntukan mengenainya.

Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata permohonan peruntukan daripada kementerian dan agensi kerajaan berkenaan akan dikemukakan tidak lama lagi.

“Kami perlu proaktif dan bersungguh-sungguh dalam menangani keperluan rakyat. Kami akan mengemukakan cadangan dan permohonan kepada kementerian berkenaan untuk mendapatkan dana bagi melaksanakan kerja itu,” katanya kepada pemberita pada sesi bersama rakyat melibatkan beberapa zon dan kampung di sini.

Tiga daripada projek berkenaan ialah menggantikan kubah Batu Manikar yang rosak melibatkan kos RM20,000, tempat letak kenderaan di Masjid Kg Lubok Temiang dan cadangan pembinaan jalan baharu di Kg Ganggarak.

Projek lain termasuk kerja pencegahan banjir di Batu Manikar dan Simpang Bukit Aru, Pohon Batu dan kerja membaiki tiga rumah penduduk miskin di Kg Batu Manikar dan Pohon Batu.


“Sebagai Anggota Parlimen, saya akan terus mendengar perkara disuarakan masyarakat setempat dan berusaha untuk melaksanakan perubahan yang mereka mahu.

“Saya sentiasa berasa selesa untuk bertemu dan bekerja bersama-sama rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka dengan sedapat mungkin,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori