Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perompak Larikan RM500,000 Dari...

GEORGE TOWN - Seorang pengawal keselamatan melepaskan lima das tembakan ke arah dua...

60 Peratus Arahan Pertukaran...

GOMBAK - Sebanyak 60 peratus arahan pertukaran membabitkan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi...

MARA Tanggung Kos Rawatan...

KUALA TERENGGANU - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membiayai sepenuhnya kos perubatan dan...

Video: ‘Abang’ Balas Balik...

AWAS! Video ini akan membuatkan anda mengalami kemurungan sepanjang hari Selasa yang indah...

Lebih 6 Ribu Mangsa Banjir Dilaporkan Di Kelantan

Bencana alam di negeri Cik Siti Wan Kembang terus mencatatkan pertambahan jumlah mangsa berikutan keadaan banjir yang dilihat semakin bertambah buruk.

Oleh itu, seramai 6,693 orang mangsa terpaksa dipindahkan dan ditempatkan di 71 pusat pemindahan di 10 jajahan terbaru yang dilanda banjir iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.

Susulan keadaan yang semakin meruncing ini, beberapa tempat seperti sekolah, masjid, madrasah, dan pejabat dijadikan pusat pemindahan bagi menempatkan kesemua mangsa.

NEWS

Di Kota Baharu, seramai 535 mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, SK Sri Ketereh, SK Mulong, SK Dewan Beta dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor.

Manakala di Kuala Krai, 1,346 mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

Di Pasir Puteh, empat pusat pemindahan iaitu SK Wakaf Raja, SK Changgai, SMK Kamil dan SK Kamil I menempatkan sejumlah 620 mangsa.

Sementara di jajahan Machang, 39 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan.

Jumlah mangsa di jajahan Jeli pula telah berkurang daripada 696 mangsa kepada 646 orang dan mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan.


Namun sebaliknya yang berlaku di Pasir Mas, jumlah mangsa meningkat 1,628 orang berbanding 791 orang pada tengah hari tadi. Jumlah pertambanhan mangsa yang semakin meningkat menyebabkan mangsa jajahan ini ditempatkan di 18 pusat pemindahan.

Sementara di Tanah Merah mangsa mencatatkan seramai 1,647 orang dan mereka ditempatkan di 23 pusat pemindahan.

Di Bachok, jumlah mangsa kekal kepada 60 orang dan kini kesemua mangsa ditempatkan di SK Pak Badol.

Di Gua Musang pula, kesemua 82 mangsa ditempatkan di Pejabat Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir.

Kawasan jajahan yang baru dilanda banjir, Tumpat mencatatkan seramai 43 mangsa dan kini mereka ditempatkan SK Kebakat.- MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO BANJIR, KERETA DIHANYUTKAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori