Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Menara FELCRA Terpaksa Dijual

KUALA LUMPUR - FELCRA Berhad (FELCRA) mengumumkan penjualan Menara FELCRA di Jalan Semarak...

Video: Kejam… Suami Prank...

MAK AII....kalau perkara ini yang menimpa diri kita, agak-agaknya boleh kena serangan jantung...

Dr. Mahathir Lepaskan Portfolio...

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa melepaskan portfolio Pendidikan...

Pembantu Rumah Ditemui Mati...

GEORGE TOWN - Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia ditemui mati di rumah majikannya...

Industri Minyak Sawit Akan Capai 100% Patuh MSPO Menjelang Akhir 2019

KUALA LUMPUR — Kementerian Industri Utama optimis industri minyak sawit Malaysia akan mencapai 100 peratus pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO), seperti yang disasarkan, menjelang akhir 2019 dengan bantuan daripada syarikat-syarikat besar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kata Menterinya Teresa Kok Suh Sim.

Kerajaan Pakatan Harapan perlu mempercepatkan tugasnya, berikutan pada masa ini, hanya 20 peratus daripada 650,000 pekebun kecil sawit di negara ini diperakui MSPO.

“Kami akan menjalankan tugas dengan pantas terutamanya di kawasan luar bandar. Kami akan bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan NGO untuk mendapatkan lebih ramai pekebun kecil berusaha ke arah pensijilan MSPO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Korporat Malaysia 2018 di sini hari ini.

Pensijilan MSPO merupakan skim pensijilan nasional di Malaysia untuk industri kelapa sawit, kebun kecil bebas dan terancang serta kemudahan pemprosesan minyak sawit akan diperakui berdasarkan keperluan standard MSPO.

Kok memberitahu bahawa beliau akan mengetuai delegasi kementerian untuk melawat Sabah dan Sarawak dan akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan kerjasama mereka untuk memastikan pekebun kecil di kedua-dua negeri itu memenuhi sasaran.

Sarawak mempunyai 1.56 juta hektar kawasan penanaman kelapa sawit, terbesar di Malaysia, dan menyumbang 27 peratus daripada jumlah kawasan tanaman di negara ini. Menjelang 2020, penanaman kelapa sawit di negeri itu dijangka meningkat kepada dua juta hektar.


Sementara itu, menteri tersebut memberi jaminan Malaysia tidak akan meningkatkan kawasan tanaman dengan kelapa sawit.

“Ini adalah komitmen Malaysia kepada komuniti antarabangsa, mengekalkan 54.6 peratus daripada tanah kita sebagai rizab hutan.

“Cabaran yang kita hadapi di negara Barat adalah mereka mendakwa ladang kelapa sawit Malaysia menyebabkan kepada penebangan hutan… tetapi realitinya adalah Malaysia masih mengekalkan 54.6 peratus daripada tanahnya sebagai rizab hutan,” katanya. – BERNAMA

Kategori