Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Juruteknik, Pemandu Teksi Didakwa...

KUALA KANGSAR - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Selasa,...

8,784 Calon Duduki Peperiksaan...

PUTRAJAYA - Seramai 8,784 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia...

184 Bencana Berlaku Di...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 184 bencana direkodkan berlaku di jalan raya di seluruh negara,...

Vaksin Anti Rabies Percuma...

MIRI - Kempen suntikan vaksin anti-rabies akan diadakan di beberapa tempat sekitar bandaraya...

Industri Hospitaliti Perlu Laksanakan OSH

KUALA LUMPUR – Industri hospitaliti membabitkan hotel, kedai makan, pengusaha pelancongan dan pihak berkuasa tempatan berkaitan hari ini diminta melaksanakan konsep Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSH).

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan berkata sudah tiba masanya bagi semua yang terbabit dalam indutri hospitaliti supaya memberi perhatian serius terhadap kejadian kemalangan dan kematian membabitkan pelancong dan orang awam.

“OSH memainkan peranan penting dalam industri hospitaliti dan pelancongan bagi mencegah kemalangan dan kecederaan. Jika OSH tidak dipraktikkan, ia boleh membawa kepada kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan malah kematian,” katanya.

Insiden terbaru berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 7 Sept di mana seorang pengunjung maut berikutan kecederaan serius selepas dilanggar sebuah bot.


Berikutan kejadian itu, kerajaan Negeri Sembilan menggantung semua kegiatan rekreasi air di Port Dickson selama tiga bulan sementara menunggu kajian penuh mengenai semua asepk keselamatan kegiatan air di negeri itu.

Lee berkata prosedur dan pasukan bantuan kecemasan dan juga pemberi bantuan awal adalah perlu kepada pusat peranginan atau hotel yang menyediakan kegiatan luar seperti sukan kayak, mendaki dan lompatan bungee kepada tetamu mereka.

“Pemandu pelacong juga boleh terdedah dengan risiko kesihatan dan keselamatan pekerjaan termasuk bahaya kepada fizikal, biologi dan psikologi yang boleh membawa ancaman serius kepada kesihatan mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori