Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Intai Wanita Guna Kamera...

ALOR SETAR - Macam-macam perkara pelik sanggup dilakukan  orang untuk melayani nafsu seksual...

Individu Ada Aset, Kekayaan...

CYBERJAYA - Individu yang mempunyai aset dan kekayaan tidak setimpal dengan pelaporan cukai...

Ini RARE.. Iklan Cari...

Kebanyakan kita tentu tahu kedai serbanika 7 Eleven bukan sahaja menjual aneka barangan...

PDRM Ikut Protokol Antarabangsa...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mematuhi protokol antarabangsa untuk mendapatkan...

Industri Automotif Perlu Tingkat Daya Saing – Mustapa

KUALA LUMPUR – Peserta industri automotif negara perlu meningkatkan keupayaan daya saing, khususnya dalam pasaran eksport berikutan persaingan hebat kalangan penggerak perusahaan itu di peringkat global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kementeriannya juga tidak berpuas hati dengan prestasi eksport industri itu yang jelas berbeza dibandingkan dengan pencapaian sektor komponen automotif.

Pihak industri tempatan itu perlu menyedari hakikat kebangkitan China yang secara beransur-ansur akan muncul sebagai negara pengeksport utama.

“Eksport adalah antara petunjuk sejauh mana keupayaan daya saing kita kerana perlu berdepan persaingan gergasi industri seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.


“Mungkin pada masa depan, secara beransur-ansur kita perlu menyedari yang China sedang dalam proses membina keupayaannya dalam sektor automotif ini,” katanya.

Mustapa berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai program pembangunan vendor membabitkan lima syarikat, di sini, hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori