Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Semua Penduduk Satu Kampung...

KATHMANDU - Sebahagian besar penduduk kampung Hokse di Nepal mempunyai satu ginjal sahaja....

Pemotongan Bajet Universiti Harus...

KANGAR - Pengurangan bajet 2016 oleh kerajaan harus dilihat dari aspek positif untuk...

Pemaju Perumahan Digesa Bertanggungjawab,...

LAHAD DATU - Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Hajiji Mohd...

Kondo RM1.5j Untuk Chong...

KUALA LUMPUR - Beberapa hari sebelum berangkat ke Olimpok Rio, jaguh badminton negara,...

India Tawar Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR – India menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia berketurunan India untuk melanjutkan pelajaran pada tahun akademik 2017-2018.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, pelajar yang ingin mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan umum di universiti India dipelawa memohon biasiswa itu.

“Program Biasiswa untuk Anak Diaspora (SPDC) terbuka kepada orang berketurunan India (PIO), orang India bukan penduduk (NRI) dan anak pekerja India di Malaysia,” katanya.

Biasiswa itu terbuka kepada pemohon berusia antara 17 dan 21 tahun, manakala tarikh tutup permohonan ialah 30 Sept.

Pemilihan dibuat berasaskan merit semata-mata dan hanya permohonan yang dikemukakan secara dalam talian melalui portal SPDC portal, spdcindia.gov.in, yang disertakan dokumen ditetapkan, akan dilayan.


Katanya, senarai calon terpilih akan disiarkan dalam portal Kementerian Hal Ehwal Luar (MEA) dan portal Kerajaan India di alamat www.mea.gov.in

Pada tahun pertama, biasiswa itu menyediakan sebahagian daripada bantuan kewangan iaitu 75 peratus Kos Ekonomi Institusi (IEC) atau US$3,600 hingga US$4,000 setahun, termasuk yuran tuisyen, yuran asrama dan caj lain, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori