Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Pelaksanaan MyDeposit Perlu Dipantau...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) perlu dipantau secara...

Pembenihan Awan Dijangka Dilakukan...

KUALA LUMPUR - Pembenihan awan dijangka mulai esok meliputi Lembah Klang dan Sarawak,...

Imam Saksikan Sendiri Isteri,...

COX’S BAZAR (Bangladesh) - Menyaksikan sendiri isteri dan anak perempuannya mati akibat serangan...

India, ASEAN Mahu Tingkat Jaringan Kerjasama Maritim

NEW DELHI – India dan negara-negara di rantau Asia Tenggara meningkatkan usaha membentuk jaringan pengangkutan darat, laut dan udara yang lebih baik bagi mengembangkan hubungan perdagangan dan kebudayaan antara satu sama lain.

Isu melibatkan jaringan pengangkutan dan kerjasama maritim itu bakal menjadi topik utama yang akan dibincangkan wakil Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan India dalam forum selama dua hari bermula Selasa, di sini.

“Jaringan pengangkutan di antara India dan negara-negara ASEAN adalah fokus utama yang akan dibincangkan dalam forum dua hari ini,” kata Menteri Luar India, Sushma Swaraj semasa perasmian Dialog Delhi yang merupakan perhimpunan tahunan melibatkan pegawai dari India dan negara-negara Asia Tenggara.

India menawarkan timur laut negara itu yang berkongsi sepanjang 1,600 kilometer kawasan sempadan dengan Myanmar, untuk dijadikan ‘jambatan’ yang menghubungkan India dengan negara-negara ASEAN.

“ASEAN mendapat tempat istimewa dalam ‘Dasar Pandang Ke Timur’ yang kami laksanakan,” kata Swaraj.

Jelasnya, India kini sedang melaksanakan beberapa projek pembinaan jalan dan pelabuhan di negara-negara ASEAN dan juga negara Asia Tenggara.

“Pembangunan infrastruktur untuk mengeratkan lagi perhubungan antara India dan rantau Timur Laut India secara khususnya, dan pengembangan jaringan pengangkutan yang melibatkan negara-negara ASEAN adalah satu keutamaan kepada kami,” katanya.

Berikutan kebangkitan Asia dalam ekonomi global, India turut berminat untuk memainkan peranan yang lebih besar di rantau itu dan menganggap hubungannya dengan ASEAN amat penting.


“Perubahan ekonomi dan geopolitik dunia semakin beralih ke arah rantau ini, jika digabungkan, penduduk India dan ASEAN mencecah 1.85 bilion dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) melebihi US$3.8 trilion, sekaligus membuka peluang ekonomi yang paling luas di dunia,” katanya.

Menyentuh mengenai pertelingkahan kawasan di Laut China Selatan yang turut melibatkan beberapa negara ASEAN, beliau menekankan kerjasama India dengan negara-negara ASEAN adalah berkisar kepada mencari keamanan dan keselamatan serantau.

“Kebebasan untuk navigasi dan menghormati undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) sangat penting dalam konteks ini. Dalam masa yang sama, kami komited untuk bersama-sama negara ASEAN meningkatkan kerjasama maritim bagi memastikan potensi ekonomi berasaskan lautan dapat diraih sepenuhnya,” kata Swaraj.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Vietnam Pham Binh Minh berkata persatuan serantau itu menyokong peranan lebih besar India dalam bidang berkenaan.

“Kami menyambut baik sumbangan India dan berharap ia akan terus menyokong usaha kami dalam mengekalkan keselamatan dan kebebasan navigasi, dalam usaha mengekalkan keamanan dan kerjasama di Laut China Selatan dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

Kategori