Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2,148 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,148 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan ia jumlah...

Menteri Puas Hati Operasi...

KUANTAN - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi...

Ibu Cerita Kisah Sebenar...

INGATKAH lagi anda dengan video 'Kisah Murid Kudung Ini Diejek Amat Menyentuh Hati' yang...

Bajet 2015 Untuk Rakyat...

KUALA LUMPUR - Mendengar denyutan nadi rakyat berhubung keluhan kenaikan kos sara hidup,...

Indeks Jenayah Di Kuching Catatkan Penurunan

KUCHING – Indeks jenayah di Kuching mencatatkan penurunan kepada 1,554 kes sepanjang tahun lepas berbanding 1,610 kes pada tahun sebelumya, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai.

Beliau berkata pada masa sama tahap keselamatan bandaraya dilihat terus mendapat kepercayaan ramai apabila kajian dijalankan Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini mendapati 86 peratus responden mengatakan bandaraya Kuching amat selamat untuk dilawati.

Menurutnya kejayaan itu adalah hasil dedikasi dan komitmen tinggi ditunjukkan oleh anggota pasukan keselamatan bandaraya dalam usaha berterusan memerangi jenayah, bagi memastikan keamanan dapat dinikmati bersama.

“Meskipun kajian tersebut menunjukkan peratusan yang positif, namun polis tetap akan terus berusaha keras untuk menjadikan bandaraya ini bebas jenayah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah di Padang kawad Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di sini, hari ini.

Abang Ahmad berkata pasukan polis tidak boleh cepat berpuas hati, sebaliknya perlu sentiasa terus berusaha untuk memantapkan kualiti perkhidmatan dengan mengambil pendekatan berkesan dalam membanteras jenayah. – BERNAMA

Kategori