Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Republikan Kuasai Semula Senat...

WASHINGTON - Parti Republikan menang kerusi majoriti Dewan Senat dalam pilihan raya separuh...

PAS Berisiko Kehilangan Kelantan...

GEORGE TOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PAS berdepan risiko...

Wanita Disyaki Mangsa Bunuh...

GEORGETOWN: Wanita yang disyaki dibunuh suaminya di sebuah apartmen di Paya Terubong di...

Coronavirus: Jangan Pembelian Panik...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik dengan mendapatkan...

Imigresen Tahan 7 Pengemis Warga Asing Di PJ

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor menahan tujuh warga Kemboja termasuk tiga kanak-kanak dalam operasi membanteras gelandangan dan pengemis warga asing di sekitar Petaling Jaya, dekat sini,Selasa lepas.

Ketua Unit Operasinya, Jaimin Sumpit, berkata dalam operasi bersepadu yang turut disertai polis dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, seramai empat wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia antara tiga bulan dan 76 tahun ditahan.

Kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 19 orang telah diperiksa dalam operasi itu iaitu 10 warga tempatan, dua pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan tujuh warga Kemboja terbabit.

“Ada antara warga asing terbabit pernah ditahan sebelum ini kerana mengemis dan mereka dibawa ke pejabat penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor di sini untuk siasatan lanjut.” katanya. – BERNAMA

Kategori