Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Harga Maksimum Ayam, Telur...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju melanjutkan harga maksimum runcit ayam standard, ayam super dan...

UPSR Bocor: 2 Guru...

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua guru...

Jangan Kaitkan Agong Dalam...

ALOR SETAR - Majlis Kerabat Diraja Kedah kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Langkawi,...

Sasar 75% Graduan Dapat...

CYBERJAYA - Kerajaan mensasarkan sebanyak 75 peratus daripada jumlah keseluruhan graduan di institut...

Imigresen Mohon IPT Lapor Salah Guna Visa Pelajar

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen memohon kerjasama institusi pendidikan tinggi di negara ini untuk melaporkan kepada pihaknya jika ada pelajar asing yang menyalahgunakan pas pelajar untuk kepentingan lain ketika mereka berada di negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata terdapat segelintir pelajar asing yang memohon visa pendidikan di bawah agensi Education Malaysia Global Services (EMGS) namun menyalahgunakan pas tersebut untuk mencari pekerjaan di negara ini.

“Memang ada pelajar asing yang datang ke sini menggunakan visa (pelajar) tersebut bagi mencari peluang pekerjaan… dan ini menyalahi penggunaan pas tersebut di bawah Peraturan Imigresen 1963.

“Kami memohon kerjasama daripada pihak institusi pendidikan tinggi yang terlibat agar dapat tampil memberi laporan kepada pihak imigresen jika terdapat penyalahgunaan pas tersebut di kalangan pelajar mereka,” katanya pada sidang akhbar bersempena forum IIUM Global di Dewan Senat, Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) Kampus Gombak di sini hari ini.


Mustafar dijemput bagi menyampaikan syarahan yang bertajuk “Dunia Tanpa Sempadan: Menjaga Kedaulatan Negara” bagi membincangkan hal-hal berkaitan tugasan Jabatan Imigresen dan cabaran dalam menjaga kedaulatan negara daripada anasir-anasir luar, yang dihadiri 200 orang pelajar dan kakitangan UIAM. – BERNAMA

Kategori