Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tindakan Tegas Terhadap ASP...

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil terhadap seorang pegawai polis wanita berpangkat...

Bangunan Runtuh Di Cameroon:...

YAOUNDE : Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 21 lagi cedera selepas sebuah bangunan...

Polis Keluarkan 73 Saman...

MELAKA - Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka...

Mansuhkan Kuasa Menteri Untuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pengamal cukai kanan telah meminta kerajaan memansuhkan seksyen 127...

Imigresen Kedah Tahan 23 PATI Di Sungai Petani

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 23 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pelbagai warganegara dalam ‘Ops Ikrar’ di beberapa pusat urut di Taman Sejati Indah, Sungai Petani, malam tadi.

Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam operasi pada 11 malam di tiga premis pusat urut itu, pemeriksaan dijalankan terhadap PATI pelbagai warganegara dan penduduk tempatan.

“Hasilnya, 23 PATI terdiri daripada sembilan lelaki Nepal, 12 wanita Thailand dan dua wanita Laos berumur antara 21 hingga 53 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sembilan lelaki Nepal ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1964 (Pindaan 2002) manakala 14 wanita Thailand dan Laos ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mohamad Yusri berkata, kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini sebelum dipindahkan ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori