Imigresen Kedah Tahan 16 Warga Asing

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 16 warga asing dalam empat operasi di sekitar Alor Setar dan Sungai Petani semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata dalam ‘Ops Selera’, ‘Ops Sapu’ dan ‘Ops Dandan’ di sekitar Alor Setar, tiga lelaki Myanmar, seorang lelaki India, seorang lelaki Nepal dan empat wanita Indonesia telah ditahan.

“Dalam operasi bermula 4.50 petang itu, pemeriksaan telah dilakukan terhadap 23 warga asing dengan sembilan daripada mereka berumur antara 20 hingga 48 tahun telah ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam ‘Ops Pintu’ di Taman Mewah dan Taman Intan, Sungai Petani 4.25 petang itu, tujuh lelaki Pakistan berumur antara 20 hingga 47 tahun turut ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah, katanya.

Menurut Mohamad Yusri, kesemua warga asing yang ditahan itu kini ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

Loading...