Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Nafi Keluarkan Notis...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin...

Muka Berubah Lepas Kurus,...

CEMAS... Demikian yang dirasai seorang lelaki Malaysia apabila ditahan pihak imigresen Hong Kong ketika...

Norazman Bashah Kekal Bebas...

PUTRAJAYA - Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas, kekal bebas daripada tuduhan...

Kumpulan Bersenjata Serang Telaga...

BENGHAZI/TUNIS - Sekumpulan lelaki bersenjata merampas telaga minyak utama di Libya, El Sharara...

Imej DBKL Sebagai Lubuk Rasuah Harus Dihentikan

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mahu persepsi bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai lubuk rasuah bagi kontraktor dalam mendapatkan projek dihentikan segera.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kontraktor yang terlibat dengan gejala itu, termasuk budaya menghulur sogokan, suapan serta komisen dan sebaliknya mahu golongan itu mengutamakan profesionalisme dalam menjalankan setiap tanggungjawab.

“Sekiranya ada pegawai DBKL meminta rasuah daripada kontraktor sila maklumkan, saya ingin buang persepsi orang awam yang melabelkan DBKL sinonim dengan rasuah,” katanya ketika ditemui pada sesi perjumpaan dengan lebih 700 kontraktor utama penyelenggaraan DBKL di Institut Latihan DBKL hari ini.

Sementara itu, beliau menolak khabar angin yang mengatakan DBKL tidak akan membayar kontraktor yang dianggap sebagai kroni kepada parti pemerintah terdahulu.

“Khabar angin itu bertujuan mensabotaj kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan DBKL, semua perjanjian akan dihormati. Pentadbiran baharu PH kita tidak bertindak mengikut perasaan dan emosi parti atau politik kepartian.

“Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan (kontraktor) membuat kerja, tuan-tuan dan puan-puan berhak menerima bayaran, sama ada UMNO ke PAS ke, saya tidak kisah yang penting tunaikan tanggungjawab,” katanya.


Khalid yang juga Anggota Parlimen Shah Alam mahu setiap kontraktor menjalin hubungan baik dengan anggota Parlimen yang berkhidmat supaya setiap aduan dapat ditangani segera.

Dalam pada itu, beliau berkata DBKL membelanjakan hampir RM500 juta setiap tahun untuk membayar semua kontraktor yang dilantik serta aduan tertinggi diterima pada 2017 dan tahun ini ialah jalan berlubang, diikuti lampu jalan rosak, selain masalah penyelenggaraan. – BERNAMA

Kategori