Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 1,500 Penunggang Dapat...

KUALA LUMPUR - Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi keceriaan kepada lebih 1,500...

MAIPs Sumbang Lebih RM1...

KANGAR - Lebih RM1 juta sumbangan wang zakat dikeluarkan Majlis Agama Islam dan...

Anthony Loke Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR : Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mohon maaf kepada penumpang tren di...

Tohmahan Konon PM Tak...

MENJELANG Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembangkang kini terpaksa bekerja keras hasut rakyat...

Ikut Perkembangan Semasa SST Elak Kekeliruan

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meminta rakyat negara ini sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan isu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata perkembangan semasa cukai berkenaan akan dilakukan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melalui media dari semasa ke semasa.

“Sebagai pengguna kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan pelaksanaan SST dan jika ada barangan atau perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai itu, ia akan diumumkan Menteri Kewangan.

“Sejak pelaksanaan SST pada 1 Sept lepas hingga hari ini, tiada masalah besar berkaitan cukai itu dilaporkan dan tidak banyak aduan yang diterima,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 di Akademi Kastam Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Pada majlis itu sebanyak 126 peserta berjaya menamatkan kursus tiga bulan sebelum ditempatkan bertugas di cawangan atau Jabatan Kastam di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata sehingga kini, 94,786 syarikat berdaftar di bawah sistem SST namun angka itu dijangka akan berubah dari semasa ke semasa mengikut kelayakan pendaftaran di bawah sistem berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata JKDM telah mula melaksanakan pelbagai program ‘hand holding’ dan ‘outreach’ dengan pelbagai pihak bagi memberi penerangan berkaitan SST kepada orang ramai.


Mengenai kelonggaran pemeriksaan di laluan khas orang kenamaan (VIP) di semua lapangan terbang di negara ini, beliau berkata pihaknya tidak maklum tentang perkara berkenaan namun isu berkenaan akan dibincangkan dengan Jabatan imigresen bagi mencari jalan penyelesaian.

Pada 4 Sept lepas, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya memandang serius isu itu dan telah mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd untuk meningkatkan tahap keselamatan lapangan terbang terutamanya di laluan dan lounge VIP.

Sebelum ini media melaporkan pesawat atau jet persendirian yang ada kaitan dengan pemimpin atau orang kenamaan dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk wang tunai dalam jumlah besar ke negara ini. – BERNAMA

Kategori