Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Ditemui Mati...

KEMAMAN - Seorang pengawal keselamatan di sebuah bekas kilang membuat papan lapis di...

Teliti Niat Penerbit Komik...

GEORGETOWN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu meneliti niat sebenar penerbit komik bertajuk...

Seorang Maut, 5 Cedera...

SEREMBAN - Seorang maut manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 26 orang pagi ini,...

Ikan Lumba-Lumba Yang Diselamatkan Ditemui Mati Terdampar Di Pantai

KUCHING – Ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai Tanjung Batu di Bintulu petang Jumaat telah ditemui mati.

Penduduk tempatan menjumpai bangkainya itu yang berukuran kira-kira dua meter panjang dan berat lebih dari 100 kg, di pantai pada pukul 8 pagi Sabtu.

Ia dipercayai dari spesies Sousa chinensis dan dilihat mempunyai beberapa kesan luka di badannya.

Situasi yang jarang-jarang berlaku ini telah menarik minat orang ramai, dengan gambar ikan lumba-lumba ini turut menjadi viral di media sosial.

Seorang penduduk kampung, yang mahu dikenali sebagai Ambrose berkata ini adalah kali pertama dia melihat ikan lumba-lumba mati di pantai.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Farhan Sufyan Borhan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ikan lumba-lumba itu selepas pukul 7 malam Jumaat.


“Apabila kami sampai di pantai, ikan lumba-lumba itu masih hidup tetapi dalam keadaan yang lemah. Kami menolaknya semula ke dalam laut pada pukul 9.47 malam ketika air pasang.

“Bagaimanapun, kami kemudiannya dimaklumkan oleh penduduk tempatan tentang kematiannya,” kata beliau.

Farhan berkata ikan lumba-lumba itu dipercayai telah dibawa arus ke perairan negeri itu di sebabkan ombak kuat.

“Berdasarkan keadaan fizikalnya, ia mungkin tidak makan selama beberapa hari,” katanya, sambil menambah pihak berkuasa berkaitan akan melupuskan bangkainya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori