Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Buruh Paksa Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Amalan buruh paksa bukan lagi isu di negara ini, berikutan...

Usahawan Kosmetik, Rakan Direman...

BANDAR BARU BANGI - "Tak baik tau," itu reaksi seorang usahawan kosmetik kontroversi...

SPRM Rakam Keterangan Wanita...

SIASAT... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah rakam keterangan seorang wanita berhubung kes...

Kematian Juruaudit: Suami Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Iesya Toh Selamat Diijabkabulkan, Suami Mahunya Berhijab

SUAMI kepada pengacara rancangan Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, memberi tempoh kepadanya untuk berhijab selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di RTM, Angkasapuri pada jumaat.

Huzairee Muhamad, 34, memberikan tempoh kepada isterinya itu untuk berhijrah atau menutup aurat secara berperingkat.

“Mengenai berhijab, saya memberi sedikit masa pada dia dan saya mahukan perubahan berlaku sedikit demi sedikit.

“Apa yang penting, dia memahami apa yang saya mahukan dan saya berharap agar tidak perlu lagi tegur dia pada masa akan datang,” jelasnya kepada mStar Online.

iesya

Iesya Toh, 32, atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, pula menyatakan yang beliau terharu kerana mendapat suami yang merupakan seorang ahli perniagaan dan tegas mengenai perihal agama.

Beliau juga akan cuba sebaik mungkin untuk patuh dengan suaminya itu yang mahukan dia berhijab suatu hari nanti.

“Kalau kita nampak Huzairee macam biasa sahaja tetapi dia sebenarnya sangat tegas dalam bab-bab agama dan Alhamdulliah saya sah bergelar isteri kepadanya.


“Saya ada cakap kepada dia supaya beri saya sedikit masa untuk berhijab dan dia sudah memberi tempoh masa itu tetapi jika terlebih dari tempoh yang diberikan dan saya masih berdegil, dia akan paksa saya,” katanya.

Iesya juga menyatakan bahawa Huzairee seorang yang matang dan boleh dibawa berbincang namun adakalanya nasihat yang diberikan agak pedas tapi semuanya untuk kebaikan.

Dalam majlis yang berlansung semalam, Iesya menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 berserta wang hantaran RM50,000.

Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan hari ini, sabtu di Perkarangan Wisma TV Angkasapuri, RTM pada pukul 8 malam manakala di pihak lelaki pula akan berlansung pada 7 Jun depan di Senwang, Negeri Sembilan.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=5SkQ7tgVmJI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori