Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Cadang Wujudkan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula sekatan besar-besaran sebaliknya berharap pelaksanaan satu...

Tataetika Laut China Selatan:...

SINGAPURA - China nampak komited hendak memuktamadkan perundingan dengan negara-negara Asia Tenggara mengenai...

Fathia Bakal Nikah Mr....

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba terdengar desas-desus mengatakan pelakon Fathia Latiff bakal mendirikan...

Bekas Penolong Pengarah didakwa...

MELAKA - Seorang bekas Penolong Pengarah Pengurusan dan Kewangan, Perbadanan Stadium Melaka mengaku...

Idris Jusoh Akan Hadiri Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi OIC

BESUT – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh akan menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Dakar, Senegal selama tiga hari bermula esok.

Idris berkata beliau akan persidangan itu beliau akan membentang kertas kerja mengenai cabaran masa depan pendidikan tinggi negara bertajuk Cabaran Masa Hadapan Pendidikan Tinggi.

Katanya, sepanjang berada di sana beliau akan mengambil peluang untuk menjalin kerjasama dan berkongsi mengenai penyelidikan dan pendidikan yang dilaksanakan oleh Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menyertai Hari Keluarga Bekas-bekas Pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Besut tahun 1987 di Damai Beach Resort di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata semua anggota dan pemimpin di semua peringkat perlu menguasai bidang teknologi maklumat.


Katanya, jika suatu ketika dahulu semua maklumat mengenai parti banyak disampaikan dalam bentuk pertemuan dan perhimpunan kini sudah sampai masanya cara itu diubah melalui penggunaan kemudahan teknologi penghubung yang wujud masa kini.

“Kemudahan penyampaian melalui Twitter, Facebook mahupun WhatsApp adalah lebih relevan kerana bukan sahaja ia lebih berkesan dan pantas malah ia turut diikuti generasi muda”, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori