Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesawat TUDM Terpaksa Lakukan...

Subang : Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas...

Samun Warga Emas: Lelaki...

TELUK INTAN - Akibat menyamun RM150 dengan mengacu pisau pada perut seorang warga...

Juruterbang Menangis Sambil Umum...

APAKAH perasaan anda apabila juruterbang mengumumkan pesawat yang anda naiki bakal terhempas di...

Tabiat Pelik… Lelaki Ketagih...

SEORANG lelaki berusia 30 tahun di Chongqing, China mempunyai satu tabiat yang pelik...

Ibu Tunggal Muflis Angkara Perbuatan Bekas Suami

AYER KEROH – Kegagalan bekas suami menjelaskan ansuran bulanan kereta menyebabkan seorang ibu tunggal menanggung beban apabila diisytiharkan sebagai muflis.

Lebih mengejutkan, nombor plat kenderaan terbabit juga sudah bertukar.

Fifie (bukan nama sebenar), 31 tahun, berkata, dia bercerai dengan suaminya yang kini berusia 38 tahun pada 2010.

Menurutnya, dua tahun sebelum bercerai, dia membeli sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang didaftarkan di Negeri Sembilan.

Sebaik bercerai, katanya, suaminya bersetuju menyambung bayaran ansuran kereta itu tanpa menukar nama, meskipun rakan sudah menasihati saya supaya tidak berbuat demikian.

“Ketika itu, kami berdua bekerja di Negeri Sembilan. Selepas bercerai, saya berpindah ke Melaka dan menetap di Kuala Sungai Baru. Lantaran segala surat menyurat berhubung pinjaman kereta dihantar ke alamat lama. Tahu-tahu saja, nama saya sudah muflis.

“Lebih mengejutkan, saya menerima satu surat saman atas kesalahan letak kenderaan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu. Anehnya, nombor pendaftaran kereta itu sudah berubah, didaftarkan di Kelantan tetapi pemilik masih nama saya,” katanya ketika membuat aduan di pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) di sini, semalam.

Fifie berkata, sebelum ini, dia ada menghubungi bekas suaminya mengenai masalah dihadapi tetapi suaminya cuma menjelaskan kereta berkenaan sudah ditarik bank.


“Saya rasa ada suatu tidak kena sebab sebaik menghubungi bank, pihak berkenaan menjelaskan tidak pernah mengeluarkan surat penarikan berkaitan kereta tersebut.

“Berikutan itu, saya membuat satu laporan di Balai Polis Masjid Tanah kerana mengesyaki mungkin ada unsur penipuan,” katanya yang mempunyai tiga orang anak berusia 6, 9, 11 dan 12 tahun.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya sudah mendapatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bank berkaitan.

“JPJ menjelaskan memang terdapat unsur penipuan kerana sebelum ini proses pertukaran pemilikan kenderaan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan salinan kad pengenalan, berbanding kini pemilik perlu hadir ke pejabat JPJ.

“Saya percaya perkara ini, akan mendapat kerjasama yang baik daripada JPJ agar pihak terlibat dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya. – BHarian Online

https://youtu.be/9Y4W8oNim0Q

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori