Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Skandal Forex Kerugian Sebenar...

KUALA LUMPUR - Kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia...

32 Pelajar, Pensyarah IPTA...

KUALA PILAH : Seramai 32 pelajar dan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi...

Mengemis Bawa Beg Kencing

JOHOR BAHRU - Berbeza dengan penampilan biasa kumpulan pengemis di sekitar bandar raya...

Semak Kehakiman SIS Forum...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Mac tahun depan untuk...

Ibu Tampar Guru Dipenjara 6 Bulan, Denda RM2,000

NIBONG TEBAL – Mahkamah Majistret Jawi di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bermula hari ini dan denda RM2,000 terhadap seorang ibu yang menampar muka seorang guru wanita dua tahun lalu.

Majistret Shamshol Azwa Martadza membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tan Seow Yen, 36, didakwa mencederakan dengan cara menampar muka seorang guru wanita di sebuah sekolah di Sungai Bakap pukul 5.15 petang pada 2 Feb 2015.

Suri rumah yang mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 14 tahun itu dituduh menampar guru tersebut selepas mendakwa anak lelakinya yang berusia sembilan tahun dicubit guru berkenaan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nasrin Zaharinan manakala Tan diwakili peguam Mohd Ismail Mohamed. – BERNAMA

Kategori