Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Kuota Kaum Kemasukkan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menegaskan pengambilan pelajar bagi kemasukan ke kolej vokasional...

50,000 Unit Vaksin Untuk...

IPOH - Kerajaan menempah 50,000 unit vaksin bagi menangani penularan wabak penyakit anjing...

40 Peratus Sisa Buangan...

MELAKA - Kira-kira 40 peratus daripada 1,000 hingga 1,100 tan sisa buangan sehari...

PRU14: PPBM Perak Tanding...

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak akan bertanding lapan kerusi Parlimen...

Ibu Gembira Bayi Antara Penerima Terawal ADAM50

KOTA BHARU – Seorang ibu teruja apabila bayi perempuan yang dilahirkannya pada 3.08 pagi tadi menjadi antara bayi terawal yang menerima sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2018.

Nur Syuhada Mohd Zizi, 32, dari Kampung Simpang Tiga Tok Akil, Ketereh di sini, berkata pada masa sama dia tidak menyangka anak kelimanya itu turut dilahirkan pada tanggal 1 Jan.

“Pada mulanya doktor jangka saya bersalin pada 9 Jan tapi tak sangka pula lahir awal pagi tadi. Saya teruja kerana dapat dua kegembiraan pada hari ini iaitu bayi lahir pada tanggal 1 Jan dan menjadi antara penerima awal ADAM50,” katanya ketika ditemui pemberita di Wad Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Penyampaian sijil ADAM50 itu dilakukan oleh Timbalan Presiden Pelaburan Strategik Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datin Kartini Manaf. Hadir sama Pengarah HRPZII Datin Dr Selasawati Ghazali.

Seramai 10 bayi dilahirkan di hospital berkenaan dalam tempoh 12 tengah malam tadi hingga 10 pagi ini.

Nur Syuhada berkata dia mengetahui mengenai ADAM50 semasa mengikuti pembentangan Bajet 2018 menerusi siaran langsung di televisyen dan membacanya dalam akhbar.

Seorang lagi ibu, Nur Farhana Rodsi, 28, yang berasal dari Kampung Merbau di sini, berkata dia bersyukur kerana anak perempuannya yang dilahirkan pada 3 pagi tadi berpeluang mempunyai simpanan walaupun baru berusia beberapa jam.


“Sekurang-kurangnya bayi yang baru dilahirkan ini sudah mempunyai simpanan awal dan boleh digunakan untuk pendidikannya pada masa depan,” kata ibu kepada lima anak itu.

ADAM50 merupakan program baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama PNB kepada semua bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh 1 jan 2018 hingga 31 Dis 2022.

Objektif utama ADAM50 ialah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan melabur rakyat Malaysia seawal usia baru lahir dengan pemberian 200 unit insentif percuma yang akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera bagi bayi bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia untuk bayi bukan bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di cawangan Amanah Saham Nasional Berhad atau ejennya. – BERNAMA

Kategori