Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

“Peminat Adalah Tulang Belakang...

PENYANYI dari seberang sememangnya cukup gemar memilih Malaysia sebagai lokasi untuk menghiburkan para...

PLUS Perlu Teliti Semula...

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) perlu meneliti semula keputusan...

“Kami Hanya Berentap Di...

PARIS - Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens berkata, hubungannya dengan rakan baik...

Pegawai, Anggota JPJ Sabah...

KOTA KINABALU - Sejumlah 320 pegawai dan anggota di ibu pejabat Jabatan Pengangkutan...

Ibu & Anak Maut Dalam Kemalangan Di Sri Aman

SRI AMAN – Seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 52, Jalan Sri Aman-Sarikei awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Jamayiah Morni, 35, dan anaknya Juma Atun Khodijah Mohammad Rezal.

Ketika kejadian kira-kira 2.18 pagi, kereta jenis Proton Wira yang dipandu suami Jamayiah, Mohammad Rezal Eden, 35, terlanggar sebuah lori yang diparkir di bahu jalan.

Katanya Mohammad Rezal dan dua lagi anaknya Afeqah Maisarah, 10, dan Rabia’atul Aisyah, 6, cedera dan dibawa ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.


Keluarga terbabit sedang dalam perjalanan untuk melawat saudara mereka yang menjalani rawatan di Hospital Sarikei, manakala lori terbabit dalam perjalanan ke Sibu, kata jurucakap itu. – BERNAMA

Kategori