Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dadah Diberi Untuk Lakukan...

SEORANG lelaki telah mendedahkan bagaimana kekasihnya telah diberikan dadah untuk melakukan seks dengan...

Belia Mahu Jerai Terus...

YAN - Dalam usaha memastikan lebih banyak lagi pembangunan dilaksanakan di Parlimen Jerai...

VTL: Laluan Baharu Antara...

PUTRAJAYA - Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) baharu ke Thailand dan Kemboja akan...

Kementerian, Jabatan Berminat Laksanakan...

PUTRAJAYA - Beberapa kementerian dan jabatan berminat mengikut jejak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga...

Hukuman Untuk Pemandu Bas Gatal

KAHERAH – Seorang pemandu bas yang cuba menyerang penumpang wanita secara seksual mendapat hukuman segera apabila orang ramai yang menyelamatkan mangsa memalukannya dengan melucutkan pakaiannya dan memaksanya berdiri atas kenderaannya sehingga polis tiba.

Gambar yang tersebar di Twitter menunjukkan lelaki itu yang cuma berseluar dalam berdiri atas bas di tengah jalan raya, manakala kelilingnya dipenuhi orang ramai yang mengambil gambar dan merakam kejadian itu.

Daily Mail melaporkan, pengguna Twitter di tempat kejadian menceritakan pemandu terbabit cuba mengambil kesempatan terhadap wanita berkenaan selepas berada di dalam bas itu berseorangan.

Mangsa terselamat apabila seorang pejalan kaki yang kebetulan lalu di situ terdengar jeritannya dan terus naik ke bas bersama beberapa orang lain sebelum menahan pemandu terbabit.

Perbuatan kumpulan itu dipuji pengguna media sosial selepas gambar kejadian tular.

“Bagus mereka berbuat begini. Jika ini selalu dilakukan, kuranglah kejadian serangan seperti itu,” kata seorang pengguna.


Seorang lagi berkata: “Memang padan muka dia.”

Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan pemandu bas berkenaan kerana menganggap hukuman tidak patut dijatuhkan tanpa siasatan.

“Ini perbuatan jenayah, umpama kita hidup dalam hutan, bukannya sebuah negara. Jika dia membuat kesalahan dia patut diserahkan kepada polis untuk dihukum,” kata pengguna lain. – Agensi/myMetro Online

Kategori