Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Rohingya Maut Dilanggar...

TAIPING - Seorang lelaki dipercayai warga Rohingya maut akibat dilanggar komuter di Changkat...

Bosan Kerja Di Wall...

NEW YORK – Dapat bertugas sebagai broker saham di bursa terbesar dunia dan...

Foto Beyonce Belum Photoshop...

Beberapa keping foto penggambaran kempen produk L'Oreal pada tahun 2013 yang menampilkan bintang...

Bayi Kembar Hidap Penyakit...

'BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.Sepasang suami isteri yang tinggal di Dabong,...

Hukuman Lebih Berat Kepada Pengikut Ajaran Sesat

KUALA LUMPUR – Hukuman lebih berat sepatutnya dikenakan terhadap individu yang terbabit dalam ajaran sesat memandangkan isu berkaitan dengan akidah merupakan perkara yang serius.

Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin Al-Ghari mendakwa terdapat lebih 70 kumpulan ajaran sesat dikesan masih bergerak aktif menjalankan aktiviti songsang bagi merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Keadaan ini, katanya, menimbulkan kebimbangan ramai memandangkan Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menyekat aktiviti itu daripada terus merebak di negara ini.

Beliau berkata, berdasarkan undang-undang sedia ada mengikut Enakmen Jenayah Syariah, individu yang terlibat dalam ajaran sesat hanya dikenakan hukuman penjara tiga bulan, denda tidak melebihi RM5,000 ataupun enam kali sebatan.

“Hukuman tersebut dilihat lebih ringan jika dibandingkan pada zaman Khalifah Al-Rasyidin yang mengenakan hukuman bunuh terhadap pengikut ajaran sesat ataupun mereka yang mengaku sebagai nabi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zamihan, yang juga Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri berkata, kesedaran masyarakat Islam di negara ini terhadap isu akidah boleh dikatakan rendah disebabkan mereka tidak mempunyai kefahaman ilmu agama yang secukupnya untuk membezakan antara ajaran agama sebenar dengan ajaran sesat.


Beliau berkata, antara faktor yang dikenal pasti mendorong individu itu terlibat dengan kumpulan ajaran sesat ialah jahil ilmu agama, tahap akidah yang rapuh, lemah spiritual, sikap mudah terpengaruh dan teruja dengan ilmu kerohanian.

“Bagi mengelirukan masyarakat awam, kumpulan ajaran sesat menggunakan kaedah seperti perubatan Islam, ilmu persilatan dan perniagaan jualan langsung untuk menarik orang ramai menyertai kumpulan mereka,” katanya.

Beliau berkata, daripada kajian Malaysia menduduki tangga kedua tertinggi selepas Indonesia di kalangan negara Asia Tenggara yang menghadapi masalah penyebaran ajaran sesat.

“Bagi mengatasi masalah itu, usaha bersepadu perlu dilakukan segera melibatkan semua pihak termasuk penguatkuasa agama, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Kerajaan Tempatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori