Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Didakwa Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

3 Warga Asing Antara...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki termasuk tiga warga asing yang dipercayai terlibat dalam...

Banjir: IADA Perlu RM1.5j...

PASIR PUTEH - Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak memerlukan sebanyak RM1.5...

Nik Elin, Anak ‘Busybody’...

PUTRAJAYA – Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang...

Hujan Ribut Melanda Perlis Selepas Kemarau Panjang

KANGAR – Selepas mengalami musim kemarau sejak awal tahun ini, Perlis dilanda ribut luar biasa hampir tiga jam petang ini mengakibatkan lebih 10 buah rumah termasuk hospital dan sekolah rosak teruk.

Jurucakap JPAM Perlis, Mohd Rizuan Abd Gani berkata hujan berserta angin kencang itu menyebabkan hampir 10 kejadian pokok tumbang dan pelbagai kerosakan harta benda termasuk bumbung rumah dan bangunan diterbangkan angin.

“Pada lima minit pertama kejadian ribut yang bermula 1.30 tengah hari tadi, JPAM menerima 20 panggilan dan sebaik keadaan reda pada 4.30 petang tadi, keseluruhan 74 kes diterima.

“Sebanyak 55 anggota JPAM akan bekerja lebih masa untuk membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas serta membantu mereka yang terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Abdul Razak Abdullah berkata, setakat 2.45 petang tadi lebih 20 laporan diterima berkaitan
pokok tumbang dan kerosakan harta benda.


“Beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok yang tumbang, serta banyak jalan mengalami kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara kawasan terjejas ialah di kawasan Kangar, Jejawi, Behor Mali, Kampung Bakong, Santan, Kok Kelang, Ulu Pauh, Abi dan Sungai Batu Pahat di sini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hujan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori