Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mohd Zaidi Angkat Sumpah...

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Mohd Zaidi Aziz mengangkat sumpah...

PRN Johor : Saingan...

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) dipercayai sedang mendahului kiraan undi di kerusi...

Mangsa Banjir Di Pitas...

KOTA KINABALU - Mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas,...

PM Hantar Misi Bantuan...

SUBANG - Malaysia terus membantu pelarian Rohingya di Bangladesh dengan menghantar 10 tan...

Hujan Lebat Cetus Banjir Kilat Di Klang

SHAH ALAM – Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua kawasan di Klang dekat sini mengalami banjir kilat, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.

Beliau berkata sehingga pukul 11 pagi ini, keadaan masih terkawal dan tiada kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan.

Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti dinaiki air ialah di Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa, dengan paras air sedalam 0.5 meter manakala Kampung Budiman, Persiaran Hamzah Alang, Batu 5, Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru dinaiki air sedalam 0.6 meter.

“Di Taman Sentosa, Klang sebanyak 15 buah rumah dinaiki air namun keadaan masih terkawal dan tiada kerja-kerja pemindahan dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Mohd Sani berkata bagi kawasan Meru pula, sebanyak 12 rumah terlibat dalam kejadian banjir kilat tersebut dan setakat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuka sebuah pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, kejadian banjir kilat di kedua-dua kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada limpahan air longkang akibat hujan lebat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori