Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

‘Vanakkam’ Suarez Sempena Tahun...

MALAYSIA merupakan sebuah negara majmuk yang unik di mana setiap perayaan dirai dengan...

Lapan Cedera Kemalangan Tiga...

Marang: Lapan termasuk dua kanak-kanak cedera manakala dua lagi selamat dalam kemalangan membabitkan...

GST: Tempoh Penghantaran Penyata...

KUALA LUMPUR - Tempoh penghantaran penyata taksiran bagi syarikat wajib berdaftar Cukai Barang...

241 Mesin CT Scan,...

KUALA LUMPUR - Terdapat sebanyak 241 Mesin Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan) dan...

Hubungan Pakistan-Malaysia Bakal Lebih Bertenaga

KUALA LUMPUR – Hubungan diplomatik antara Pakistan dan Malaysia, yang memasuki tahun ke-60 tahun ini, bakal lebih bertenaga ketika kedua-dua negara meningkatkan lagi hubungan dua hala.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Hassan Raza, berkata beliau menjangka deleghasi tertinggi dari Malaysia melawat Pakistan dan sebaliknya tahun ini untuk meningkatkan hubungan dua hala.

“Kami menjangka Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman) melawat Pakistan tahun ini sementara delegasi tentera peringkat tertinggi dari kedua-dua negara dijangka bertemu akhir tahun ini untuk bertukar-tukar pandangan yang berkaitan,” kata beliau kepada Bernama pada sambutan ulang tahun Hari Pakistan ke-77 dan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik Pakistan-Malaysia pada malam khamis.

Syed Hassan berkata, Pakistan dan Malaysia menjalin hubungan diplomatik sejurus selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 dan kedua-dua negara menghargai hubungan persahabatan dan persaudaraan berdasarkan pandangan bersama mengenai isu-isu antarabangsa.

Beliau berkata kedua-dua negara menjalin kerjasama yang luas dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, sains dan teknologi maklumat (IT), pendidikan, kebudayaan, perbankan Islam, sektor halal, infrastruktur dan pembangunan perumahan.

Mengenai hubungan rakyat dengan rakyat dan pelancongan, duta itu berkata ia menunjukkan peningkatan, terutama dalam tempoh tujuh bulan lalu selepas syarikat penerbangan yang berpusat di Malaysia, Malindo Air memperluaskan laluannya ke Islamabad dan Karachi setelah melancarkan penerbangan terus ke Lahore tahun lepas.

Selain Malindo, Malaysia Airlines juga mengadakan penerbangan ke Karachi.


Syed Hassan berkata, kesalinghubungan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat tetapi menggalakkan lebih banyak syarikat dan pelabur untuk meneroka peluang dan memanfaatkan sepenuhnya Perjanjian Perdagangan Bebas atau secara formal dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia Pakistan (MPCEPA).

Pada masa ini, syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di Pakistan termasuk pemaju BRDB melalui usaha sama dengan Pihak Berkuasa Perumahan Pertahanan (DHA) Lahore untuk membangunkan sebuah bandar, yang bakal menjadi Resort Golf pertama Pakistan, serta konglomerat komunikasi Malaysia Axiata Group Bhd.

Syed Hassan juga menggesa syarikat Pakistan untuk meneroka peluang perniagaan di Malaysia dan mendapat faedah daripada FTA Pakistan-Malaysia untuk memasuki pasaran ASEAN yang mempunyai penduduk berjumlah 625 juta.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup; Sultanah Pahang Sultanah Kalsom; dan Menteri Pakistan bagi Pengeluaran Pertahanan, Rana Tanveer Hussain. – BERNAMA

Kategori