Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penyokong Tolak Mahathir PM...

PASRAH... Pemuda Pakatan Harapan mahu seluruh ahli dan penyokong gabungan parti pembangkang itu...

Nicol Menang Anugerah Semangat...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David memenangi Anugerah Semangat Skuasy...

Borang B: Jangan Terhantuk...

Borang B adalah pendapatan di bawah Seksyen 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967

PKR Umum Calon Esok

JOHOR BAHRU : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan semua 17...

HTC One M8 Versi Windows Diumumkan Hari Ini

HTC dan Microsoft hari ini mengumumkan sebuah lagi telefon pintar baru yang mana merupakan HTC One M8 versi Windows Phone.

Peranti ini dilihat melalui acara khusus memasarkan di pasaran Amerika Syarikat buat masa ini.

htc-one-m8-wp

Menggunakan nama “HTC One M8 for Windows“, telefon pintar ini hadir dengan pelbagai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan versi Android sebelumnya.

Ia menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3GHz, kamera belakang 4MP Ultrapixel dengan sokongan Duo Camera, memori sebanyak 2GB RAM, selain turut menyertakan beberapa fungsi khusus HTC termasuk BoomSound dan juga HTC Dot View Case.

HTC-One-M8-for-Windows-kamera

Memandangkan ia menggunakan platform Windows Phone 8.1, maka beberapa fungsi tambahan turut hadir ke peranti berkenaan, termasuk antaranya adalah sokongan Cortana, panel notifikasi Action Center, papan kekunci WordFlow dan sebagainya.


Pihak HTC sendiri turut menyertakan aplikasi kamera khusus untuk membolehkan ia mengambil kelebihan HTC Duo Camera. Fungsi lain seperti Blinkfeed turut hadir dalam bentuk aplikasi khusus pada peranti ini.

Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti Windows Phone daripada HTC ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

HTC-One-M8-for-Window-blinkfeed

Sumber: HTC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori