Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Petik Gitar Sambil Otak...

NEW DELHI - Seorang lelaki memetik gitar semasa otak dibedah membuktikan prosedur lain...

Hina Agong: Pemuda UMNO,...

IPOH - Pergerakan Pemuda UMNO Negeri dan 12 badan bukan kerajaan (NGO) di...

Tiada Ancaman Militan Di...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Penubuhan JKNMPP Bukti Ketelusan...

GEORGE TOWN - Penubuhan jawatankuasa khas mengenai pembiayaan politik membuktikan Perdana Menteri Datuk...

Hotel 4 Bintang Rugi Akibat Kad Kredit Palsu

KUANTAN – Sebuah hotel empat bintang di Sungai Karang di sini kerugian sebanyak RM6,576.61 selepas diperdayakan seorang wanita yang membuat tempahan bilik menggunakan kad kredit palsu, tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata hotel berkenaan mendakwa dihubungi seorang wanita berhubung tempahan sebuah bilik pada 12 tengah hari, 19 Feb 2017 yang kononnya dibuat menerusi laman web booking.com.

Katanya, suspek kemudiannya membuat bayaran secara manual caj kad kredit yang didaftarkan atas nama Wong Yong Seng.

“Suspek kemudiannya sekali lagi membuat tempahan bilik pada 21 April 2017 namun menggunakan kad kredit yang didaftarkan atas nama Wong Chao Ping.

“Perbuatan suspek terbongkar selepas pihak Maybank menghantar surat kepada hotel itu beberapa bulan kemudian untuk penarikan semula caj dan meminta dokumen mengenai transaksi kad kredit bagi tempahan bilik oleh suspek,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah pihak Maybank juga menarik semula caj yang dikenakan ke atas pelanggannya bagi bayaran akaun hotel berkenaan dan menasihatkan pihak hotel untuk membuat laporan polis.


Sehubungan itu, seorang kakitangan hotel berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, semalam.

“Siasatan dijalankan untuk mengetahui sama ada suspek menggunakan kad kredit yang hilang atau memalsukan kad kredit pemilik sebenar,” katanya.

Mohd Wazir menambah siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori