Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Sampai Ke Hari Tua...

SEBAGAI seorang penyanyi dan komposer, perkara yang paling menyedihkan dan memilukan tentunya adalah...

Al-Sultan Abdullah Lafaz Sumpah...

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Kru Kapal Layar Warga...

JOHOR BAHRU - Seorang kru kapal layar warganegara New Zealand dipercayai hilang ketika...

Diskaun 10% Untuk Pengguna...

KUALA LUMPUR - Pengguna kenderaan kelas satu Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan menikmati...

Hospital Sarikei Kekurangan Ambulans

KUCHING – Dewan Undangan Negeri Sarawak yang sedang bersidang di sini hari ini diberitahu Hospital Sarikei sedang menghadapi masalah kekurangan ambulans, dengan hanya dua buah sahaja yang masih berfungsi, manakala empat buah lagi dalam keadaan kurang memuaskan.

Datuk Seri Huang Tiong Sii (BN-Repok) berkata oleh kerana berhadapan sumber dan kepakaran yang terhad, maka pihak Hospital Sarikei dalam beberapa situasi perlu menghantar pesakit ke Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching.

“Bagaimanapun kekurangan ambulans secara tidak langsung melengahkan penghantaran pesakit ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketika merasmikan persidangan DUN.

Beliau berkata selain itu, Hospital Sarikei turut menghadapi masalah perkhidmatan haemodialisis dan setakat ini pesakit buah pinggang di Sarikei meningkat daripada 12 orang pada 2016 kepada 75 orang tahun ini.

Hospital Sarikei bukan sahaja menghadapi ruang yang sesak, malah juga menggunakan mesin yang lama dan perlu digantikan dengan kadar segera, katanya.


Sementara itu, Rentap Jabu (BN-Layar) meminta kerajaan supaya melengkapkan Hospital Betong dengan klinik doktor pakar berikutan keperluan yang mendesak ketika ini.

Katanya dengan adanya klinik doktor pakar di Hospital Betong, pesakit tidak perlu lagi ke Hospital Umum Sarawak yang memerlukan perjalanan selama empat jam.

Mengenai pendidikan, beliau berkata dengan kewujudan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dalam Kabinet negeri Sarawak, beliau meminta supaya tindakan diambil bagi merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar bagi manfaat golongan belia serta pelajar di luar bandar. – BERNAMA

Kategori