Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DUN Negeri Sembilan Bubar...

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan...

Atlet Bina Badan Meninggal...

SINGAPURA - Presiden Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Singapura, Pradip Subramaniam meninggal dunia di...

Kesal Bertumbuk, Kini Berkawan

“KENANGAN 20 September 2019 menjadi memori dan kesedaran pada kami terutama aku...Allah temukan...

Tiada Rokok Elektronik, Vape...

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang rokok elektronik (e-cigarette) atau vape yang didaftar sebagai...

Hishamuddin Rais Diarah Bela Diri Pertuduhan Menghasut

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan aktivis Hishamuddin Md Rais membela diri terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei tahun lepas.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu setelah mendapati Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu selepas mendengar keterangan empat saksi.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Nov sebagai tarikh bela diri.

Dalam prosiding itu, peguam Syahredzan Johan mewakili Hishamuddin, 63, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.


Pada 29 Mei tahun lepas, Hishamuddin bersama lima aktivis lain didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah
kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori