Hillary Clinton Akan Bertanding Untuk Jawatan Presiden

BEKAS Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton disahkan bakal bertanding untuk merebut jawatan Presiden, tahun hadapan.

Hillary merupakan wanita pertama yang berjaya menduduki kerusi senat sebelum ini.

Pengerusi kempen Hillary for President, John Podesta mengesahkan mengenai perkara itu menerusi kandungan emel yang dikirimkan kepada pihak media.

Hillary dilihat mampu memberi saingan kuat bagi perebutan jawatan tersebut memandangkan beliau mempunyai ramai penyokong terutama daripada penyokong wanita.

Wanita berusia 68 tahun ini merupakan isteri kepada Presiden USA ke-42, Bill Clinton.

Anak perempuannya, Chelsea sempat memuat naik status di laman mikro Twitter menyatakan, “Very proud of you, Mom’ sebaik mengetahui berita tersebut. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=KalquJby0uU

Loading...