Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Lemas Mandi Di...

LAHAD DATU - Seorang remaja lelaki mati lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di...

Tasbih Sepanjang 38 Meter,...

PERNAHKAH anda lihat tasbih yang panjangnya mencapai puluhan meter? Di Polewali Mandar, Sulawesi Barat...

TMJ Sah Presiden Baharu...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini sah...

Tiada Wakil Kementerian Kesihatan...

IPOH - Kementerian Kesihatan tidak mempunyai wakil yang menjual papan tanda larangan merokok...

HFMD Meningkat Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 605 kes penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) dikesan di Terengganu sejak ia merebak dalam kalangan pelajar Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) pada 24 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata, itu adalah bilangan kes yang direkodkan sehingga 31 Julai lalu.

Katanya angka itu menunjukkan peningkatan 210 peratus berbanding kes HFMD yang dikesan di negeri itu dalam tempoh sama tahun lalu.

Tambah Dr Alias, pihak Kementerian Kesihatan negeri mendapati laporan menunjukkan daripada 10 kes terbaru wabak HFMD yang dikesan, empat berlaku di Kuala Terengganu, masing-masing dua di Setiu dan Marang serta masing masing satu kes di Hulu Terengganu dan Besut.

“Sehingga semalam (31 Julai) kita mendapati daripada 605 kes ini, 151 kes HFMD berlaku di Kuala Terengganu, 102 kes dikesan di Marang, 92 kes berlaku di Dungun, 83 kes di Setiu, 64 kes di Kuala Nerus, 45 kes di Besut, 43 kes di Hulu Terengganu dan Kemaman (15),” katanya.


“Mengikut laporan, 253 mangsa HFMD adalah lelaki dan 353 mangsa perempuan manakala dalam perkembangan terbaru, TASKA Permata Keluarga Desa Chendering ditutup bagi tujuan keselamatan murid pada Isnin (30 Julai),” katanya.

Dr Razak berkata sebelum ini lima taska iaitu TASKA Permata Keluarga UTC, TASKA Permata Kuala Besut, TASKA Permata Cherang Guling, TASKA Permata Medan Jaya dan TASKA Permata Putera Jaya yang ditutup berikutan penularan HFMD sudah beroperasi semula awal minggu ini. – BH Online

Kategori