Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Peribadi Didakwa Pindah...

SEREMBAN - Seorang pemandu peribadi hari ini dihadapkan di dua Mahkamah Majistret di...

HFMD: Kes Meningkat 16...

KUANTAN – Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan di negeri...

Keputusan Rasmi SPM 2017...

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan diumumkan secara rasmi pada...

Jerebu: Sekolah Ditutup Hari...

PUTRAJAYA - Sekolah di beberapa negeri dan kawasan yang ditutup pada Isnin akibat...

HFMD: Jabatan Kesihatan Melaka Keluar Arahan Disinfeksi

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan arahan disinfeksi di semua tempat awam termasuk pasar raya, klinik, hospital dan taska di seluruh negeri ini sebagai langkah pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Anggota Exco bagi Kesihatan Negeri Low Chee Leong berkata langkah berkenaan perlu dilakukan pada semua peralatan atau taman permainan yang sering digunakan atau terdedah kepada orang awam khususnya kanak-kanak.

Beliau berkata satu pasukan khas juga telah diwujudkan bagi memantau arahan disinfeksi berkenaan agar ia dipatuhi dan dilaksanakan segera.

“Selain itu, latihan pencegahan dan tunjuk ajar cara disinfeksi akan dilakukan.

“Setakat ini sebanyak 1,522 kes jangkitan HFMD telah direkodkan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata sehingga kini empat kes wabak HFMD melibatkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika), satu kes terbaharu dilaporkan di sebuah taska di Alor Gajah yang diarahkan tutup pada 25 Julai.

Katanya, sehubungan itu semua pihak khususnya pengusaha taska dan tabika serta ibu bapa perlu peka dengan situasi semasa jangkitan berkenaan dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelak anak mereka dijangkiti wabak tersebut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HFMD

Kategori