Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kabinet Mahu Ismail Sabri...

PETALING JAYA - Kabinet telah mengarahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani supaya...

Kadar Inflasi September Turun...

KUALA LUMPUR - Kadar inflasi Malaysia pada September 2022 mencatatkan 4.5 peratus, lebih...

Terengganu FC Mara Ke...

JOHOR BAHRU - Terengganu FC menempah slot ke final Piala Malaysia 2018 ​​​​​​​apabila...

Majikan Tiada Hak Potong...

GEORGE TOWN - Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata majikan tiada hak...

Hezbollah Iran Mengaku, Mahu ‘Hancurkan’ Muslim Sunni Syria

BEIRUT – Pemimpin tertinggi Hezbollah, Hassan Nasrallah mengaku pergerakan militan Syiah pro-Iran itu tengah bersiap sedia melancarkan serangan ke atas Syria bagi ‘menghancurkan’ pejuang Sunni, Front Al-Nusra.

Dalam kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Lubnan, Nasrallah mendakwa, serangan merentasi sempadan itu susulan tindakan Front Al-Nusra sering memberi ancaman terhadap keselamatan penganut syiah tempatan.

“Negara (Lubnan) tidak mampu menangani masalah ini… sehingga kami sendiri akan memberi tentangan yang sepatutnya secara radikal serta memikul tanggung jawab terhadap akibat serangan ini,” tegas Nasrallah.

Perbarisan anggota militan Hezbollah di Lubnan. – Gambar hiasan

Dia namun menolak mendedahkan bilakah operasi serangan akan dilancarkan tetapi sekadar gambaran, perang ke atas umat Islam Sunnah yang teguh bersatu di bawah Front Al-Nusra bakal digerakkan dalam masa terdekat.

“Kalaupun kami mahu memulakan (serangan), kami tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan. Ketika kami mula, operasi itu sendiri akan ‘berbicara’ dengan sendirinya,” jelas Nasrallah dengan nada penuh angkuh.

Meskipun demikian, beliau menegaskan kawasan yang menjadi sasaran operasi ialah sempadan Qalamoun, sebuah daerah merentangi perbatasan Syria kerana tidak dijaga ‘ketat’ oleh tentera Lubnan sejak sekian lama.


Hezbollah amat digeruni penganut Sunni kerana kekejaman mereka. – Gambar hiasan

Ini menyebabkan pejuang Front Al-Nusra bebas menguasai wilayah sempadan kedua-dua negara itu, sekali gus melancarkan serangan tanpa masalah terhadap kedudukan militan Hezbollah yang ‘ditaja’ pemerintah Tehran.

Insiden serangan terbaharu Front Al-Nusra berlaku pada Selasa, bahkan menurut pihak keselamatan Lubnan sendiri, kelompok tersebut berjaya menawan sejumlah tebusan, termasuk beberapa askar dan polis Lubnan.

Hezbollah; sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad, yang juga penganut Syiah dan pro-Iran; telah menghantar ratusan anggotanya menggempur pelbagai kelompok militan Sunnah tempatan, termasuk Front Al-Nusra.

Ironi, walaupun bermaksud parti Allah dalam bahasa Arab, ramai ulama Sunnah termasuk pemimpin Al-Azhar di Mesir dan cendekiawan tersohor, Yusuf al-Qaradhawi menyelar Hezbollah sebagai parti syaitan. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori