Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Nicol Juara Kejohanan Skuasy...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia Nicol David...

Tali Terbelit Punca 6...

PUCHONG - Enam anggota bomba yang dalam misi mencari dan menyelamat di sebuah...

BN Selangor Sokong Pengekalan...

SHAH ALAM - Dua belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor...

Alat Sulit Lelaki Ini...

DENGAN kos pembedahan 50,000 pound (kira-kira RM266,265), Andrew Wardle akhirnya bakal mempunyai kemaluan...

Henti Kecam Fatin – Syed Saddiq

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta rakyat, khususnya netizen menghentikan kecaman terhadap atlet wanita papan selaju negara Fatin Syahirah Roszizi ekoran persembahan hambarnya di Sukan Asia Jakarta-Palembang.

Beliau berkata kecaman itu sepatutnya diarahkan kepadanya selaku menteri dan persatuan yang bertanggungjawab memilih atlet berusia 16 tahun itu untuk mengibarkan bendera Malaysia di temasya tersebut.

“Saya akan terus mempertahankan Fatin atas semangat patriotismenya dalam usia yang muda sanggup menyahut cabaran membawa nama negara di mata dunia,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kecaman yang dilemparkan terhadap Fatin susulan sebuah klip video yang memaparkan aksi kurang memberansangkan atlet papan selaju wanita negara menjadi tular dan menerima kritikan hebat dari netizen selepas menamatkan aksi di tangga tercorot dengan aksi buruk seawal permainan bermula.

Syed Saddiq berkata masyarakat seharusnya meraikan keberanian Fatin untuk bersaing bersama jaguh antarabangsa dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada atlet tersebut.

Beliau berkata pihak yang mengecam juga perlu mengambil kira kenyataan persatuan terbabit bahawa pemilihan untuk mewakili negara dalam acara itu dibuka kepada semua tetapi yang ‘mencuba’ terlalu kecil dan Fatin merupakan antara yang terbaik.

Syed Saddiq berkata beliau telah meminta pegawainya untuk mengatur pertemuan bersama Fatin bagi menyatakan sokongan kementerian dan dirinya terhadap atlet berpotensi itu.

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga merasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang mempertikaikan pemakaian atlet gimrama negara Izzah Amzan selepas video aksi atlet remaja itu ketika beraksi di Sukan Asia dimuat naik ke laman Istagramnya baru-baru ini.


Syed Saddiq berkata golongan itu hanya menumpukan kepada pakaian yang dipakai Izzah sedangkan matlamat asal klip tersebut adalah bagi mengangkat martabat dan mengiktiraf sukan itu.

“Saya kecewa dengan pertikaian isu ini…gimrama bukan satu sukan yang mudah dan mereka yang terbabit perlu melalui pelbagai cabaran sebelum layak bergelar atlet gimrama,” katanya.

Antara isu yang menjadi bualan ramai di media sosial ialah adalah cara pemakaian atlet berusia 17 tahun itu yang dikatakan tidak menutup aurat ketika beraksi dan ada di antara mereka mencadangkan memakai seluar labuh ketika melakukan persembahan.

Mengenai kemungkinan sasaran pingat kontinjen Malaysia di Sukan Asia boleh berubah berikutan penyertaan atlet negara dalam banyak perlawanan akhir, Syed Saddiq berkata sasaran tujuh pingat emas masih kekal namun yakin akan ada pertambahan.

“Sasaran masih sama tetapi dengan beberapa sukan belum memulakan saingan akhir seperti pelayaran, skuasy dan hoki, kita harap ada perubahan pada pungutan emas selepas kejohanan berakhir,” katanya. – BERNAMA

Kategori