Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Kita Hanya Kurangkan Subsidi...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan segelintir pemimpin politik menggerakkan kempen...

MH17: Jenazah Shaliza Dibawa...

KUALA LUMPUR - Jenazah Shaliza Zaini Dewa, rakyat Malaysia yang maut dalam nahas...

Barisan Nasional Kekal Di...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan...

Pesawat AirAsia Di Kalibo...

Dunia industri penerbangan buat tahun 2014 sememangnya mencatatkan sejarah duka selepas satu persatu...

Harimau Malaysia Masih Belum Temui Rentak

PUTRAJAYA – Skuad bola sepak Harimau Malaysia masih belum menemui rentak permainan yang dikehendaki untuk menjadikan mereka pasukan yang mantap, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Malah katanya, pertukaran yang terlalu banyak dilakukan pengendali, Datuk Ong Kim Swee menyebabkan permainan mereka kurang menarik.

“Mereka belum lagi menemui rentak permainan yang dikehendaki untuk berjaya di Piala AFF,” katanya ketika diminta mengulas prestasi pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, Cabaran Tambak antara Malaysia dan Singapura malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura itu menyaksikan Harimau Malaysia sekadar seri tanpa jaringan dengan tuan rumah.

Aksi itu adalah sebahagian daripada persiapan skuad kebangsaan untuk menghadapi Piala AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN) yang bermula 19 Nov depan.


“Walaupun kita tidak kalah, dari segi kawalan bola, ia didominasi pasukan Singapura. Saya rasa kita bernasib baik sebab tidak kalah semalam.

“Saya harap kita akan dapat lihat taktik permainan yang lebih bagus lagi daripada pasukan kebangsaan kita menjelang Piala AFF,” kata Khairy. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori