Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PyeongChang 2018 Sedia Sambut...

PYEONGCHANG – Bandar PyeongChang, sekitar 180km dari Seoul, sudah bersedia untuk menyambut kunjungan...

559 Mangsa Banjir Pitas...

Kota Kinabalu : Seramai 559 mangsa banjir membabitkan 183 keluarga masih berlindung di...

Jangan Beli Tiket Final...

KOTA BAHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)menasihatkan penyokong agar membeli tiket perlawanan...

Tak Pakai Tudung Sebab...

KEBANYAKAN penyanyi seangkatan Amelina kini sudah pun bertudung, antaranya Ziana Zain dan Erra...

‘Harimau Jadian’ Di Pintu Masuk Kampung Kerinchi

REKA bentuk mercu tanda di Kerinchi bakal diterapkan elemen yang dapat melambangkan identiti masyarakat setempat berdasarkan mitos dan sejarah di kawasan itu, kata Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Ini kerana katanya, Kampung Kerinchi dinamakan susulan kedatangan masyarakat ‘Kerinci’ dari Sumatera yang berhijrah ke Tanah Melayu pada satu masa dahulu.

“Ada mitos yang menyatakan bahawa orang Kerinci terkenal dengan kisah Harimau Jadian mereka, jadi reka bentuk mercu tanda iaitu pintu gerbangnya akan dibuat berdasarkan kepada kisah mitos itu.

“Namun demikian, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap beberapa elemen seperti budaya dan sejarah serta turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Arkitek Malaysia dan para sejarahwan selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam reka bentuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri ‘Ini Kerinchilah’- Pertandingan Penyediaan Pelan Konsep Pembangunan Kampung Kerinchi di Universiti Malaya, malam tadi.

Fahmi berkata sebanyak tiga lokasi telah dikenal pasti untuk membina pintu gerbang itu iaitu di hadapan KL Gateway, susur masuk dari Lebuhraya Baru Pantai (NPE) ke Jalan Pantai Permai dan susur masuk Jalan Pantai Murni di sebelah kubur Islam Area C, Pantai Dalam.

“Ketiga-tiga lokasi ini merupakan pintu masuk utama keluar masuk ke kawasan Kampung Kerinchi dan kami memikirkan ia strategik untuk didirikan mercu tanda itu,” katanya.


Beliau berkata pembinaan mercu tanda akan memastikan sejarah besar dan warisan Kerinchi tidak dilupakan, sebaliknya terus diamati terutama oleh generasi muda.

“Ia bukan mercu tanda atau pintu gerbang yang biasa, kami mahu apabila masyarakat melihat mercu tanda itu, mereka dapat merasai dan menjiwai semangat Kampung Kerinchi yang bakal menjadi identiti mereka.

“Bagaimanapun, kami telah berbincang dengan DBKL dan diharapkan projek pembinaan mercu tanda itu dapat dimulakan sekali dengan pelan trafik dan lalu lintas yang bakal dinaik taraf demi keselesaan penduduk Kampung Kerinchi dalam masa beberapa bulan akan datang,” katanya. – BERNAMA

Kategori