Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Singapura Sepakat Terus...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura akan terus perbincangan dan mencapai persetujuan bagi...

Kisah Hidup Chong Wei...

KUALA LUMPUR - Kisah perjalanan hidup pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong...

“Saya Tidak Rampas Rezeki...

NAMA Alvin Chong semakin dikenali apabila sering membawakan watak lelaki Melayu dalam beberapa...

Cuti Aidilfitri: Semua UTC...

KUALA LUMPUR - Semua operasi jabatan dan agensi di Pusat Transformasi Bandar (UTC)...

Hari Penentuan Untuk 2 Pemain Badminton

SINGAPURA – Dua pemain badminton profesional yang disyaki terbabit dengan mengatur perlawanan akan diberi peluang membela diri hari ini di hadapan tiga panel bebas yang dilantik Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Hari ini boleh dianggap detik penting buat kedua-dua pemain yang terbabit dengan masa depan kerjaya mereka kini menjadi pertaruhan.

Kedua-dua pemain itu masing-masing melantik dua peguam bagi mewakili mereka. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman gantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti sukan badminton.

Wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra yang hadir sebagai pemerhati untuk sesi sebutan kes selama dua hari yang diadakan di Hotel Jen Tanglin, Singapura, berkata pemain akan diberi peluang untuk membela diri daripada pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.

Kedua-dua pemain terbabit berdepan enam pertuduhan mengatur perlawanan dalam enam kejohanan berbeza antara tahun 2013 hingga 2016.

“Mereka diberi peluang untuk membela diri esok (hari ini). Masing-masing diwakili dua peguam,” kata Jadadish ketika ditemui pemberita selepas tamat hari pertama sesi sebutan kes, semalam.


Kegiatan kedua-dua pemain itu dihidu BWF selepas menerima laporan daripada seorang pemain bukan dari Malaysia yang mendakwa ditawarkan habuan untuk mengatur perlawanan oleh pemain yang disyaki.

Walaupun BWF masih tidak mendedahkan nama kedua-dua pemain yang disyaki namun dapat dilihat kelibat bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli dan bekas pemain skuad Piala Thomas 2010, Tan Chun Seang hadir pada sesi sebutan kes semalam.

Mereka juga dilihat hadir pada sesi hari ini. Bagaimanapun, tujuan kehadiran mereka masih belum dapat disahkan. – BH ONLINE

Kategori