Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Komitmen Luarbiasa YPT Harus...

KUALA LUMPUR - Majlis Anugerah Cemerlang Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT) 2016 yang merupakan...

Hanya SPR Boleh Tetapkan...

KUCHING - Tidak sampai 12 jam selepas Ketua Menteri membuat 'pendedahan' berhubung tarikh...

Kucing Tak Bersalah Berak...

SHAH ALAM - Isu kucing berkeliaran dan membuang najis merata-rata bukan perkara biasa,...

Najib Bersimpati Dengan Keluarga...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa simpati...

Hari Malaysia Disambut Meriah Di Labuan

LABUAN – Lebih 2,000 peserta mewakili 105 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan bersempena sambutan Hari Malaysia di sini hari ini.

Sejak pagi, beribu-ribu warga Labuan menunggu di kiri kanan jalan untuk menyaksikan pelbagai program penuh semangat patriotisme dan budaya yang diatur bagi memeriahkan sambutan itu.

Majlis bersejarah itu diserikan dengan kehadiran Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, yang menerima tabik hormat daripada kontinjen yang mengambil bahagian.

Ia diikuti dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, diiringi nyanyian lagu Negaraku.

Ketika berucap, Rozman menggesa masyarakat agar terus memperkukuhkan perpaduan, mempertahankan maruah, dan kedaulatan negara.


Beliau juga berkata Labuan sedang mempertimbangkan untuk menganjurkan Hari Malaysia sebagai acara tahunan pulau itu. – BERNAMA

Kategori