Hari Derma Darah Di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara akan mengadakan Hari‎ Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2015 pada 14 Jun ini di Astaka, Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Bertemakan ‘Thank You For Saving My Life’, (Terima Kasih Selamatkan Nyawa Saya), kempen derma darah itu akan diadakan pada pukul 7 pagi hingga 2 petang.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, selain kempen derma darah, program itu turut diisi dengan aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma, zumba, larian penderma darah, pertandingan mewarna, serta pelbagai aktiviti lain.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.pdn.gov.my. – BERNAMA

 

Loading...