Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Kini Bersalji

Riyadh : Cuaca sejuk, hujan renyai dan hujan ais dengan salji dilaporkan di...

Aidiladha: PLUS Keluarkan Jadual...

KUALA LUMPUR - Plus Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengeluarkan jadual Cadangan Waktu...

Giliran Shaheizy Sam Jadi...

AKAUN Facebook peribadi milik pelakon terkenal, Shaheizy Sam yang diikuti oleh 1.7 juta...

Adun Tungku Cadang Nurul...

KOTA KINABALU - Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar Naib Presiden PKR...

Harga Minyak Dunia Terus Susut Hari Ini

SINGAPURA – Harga minyak dunia jatuh hari ini berikutan jangkaan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu utama Russia akan meningkatkan pengeluaran secara beransur-ansur setelah menahan bekalan sejak 2017.

Selain itu, pertikaian perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin meningkat, apabila kedua-dua pihak mengugut untuk mengenakan tarif pada barangan eksport utama masing-masing, turut menjejaskan pasaran dan mendorong penjualan besar-besaran saham di China.

Indeks saham Shanghai menyusut di bawah 3,000 mata untuk kali pertama dalam hampir 21 bulan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$74.90 setong pada 0241 GMT, turun 44 cents atau 0.6 peratus dari penutupan terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$65.55 setong, turun 30 cents atau 0.5 peratus.

OPEC bersama-sama dengan sekumpulan bukan OPEC termasuk Russia mula mengurangkan bekalan minyak pada tahun lalu bagi meningkatkan harga komoditi itu.


Berikutan kenaikan mendadak harga minyak dari paras AS$30 setong pada 2016, kumpulan itu pada 22 Jun ini akan bertemu di Vienna, Austria, untuk membincangkan dasar masa depannya.

Ketua Strategi Pasaran AxiTrader, Greg McKenna, berkata kemungkinan akan berlaku turun naik harga minyak pada minggu depan menjelang pertemuan itu.

“OPEC telah goyah atau sedang goyah,” kata McKenna, susulan Iran, Venezuela dan Iraq “berusaha untuk memberikan veto ke atas peningkatan pengeluaran masing-masing.” –Reuters

Kategori