Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Penerima Rumah PR1MA Gembira...

SUNGAI PETANI - Penerima rumah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di sini melahirkan...

Perbicaraan Kes Ku Chin...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan perbicaraan selama enam hari bermula...

1MDB Ulangi Bahawa Syarikat...

KUALA LUMPUR - 1MDB menegaskan bahawa syarikat itu memiliki kedudukan kecairan yang kukuh...

11,985 Kes Baharu Covid-19...

PUTRAJAYA - Terdapat 11,985 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia pada...

Harga Harumanis Bergantung Pada Permintaan

KANGAR – Harga mempelam harumanis tidak boleh ditetapkan kerana ia bergantung penawaran dan permintaan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Menurutnya harga buah ikon Perlis itu bernilai tinggi kerana kualitinya dan tanaman itu memerlukan penjagaan dan pengawalan berterusan yang rapi.

“Kita (MoA)) tak boleh campur tangan dalam hal ini namun kita boleh membantu dari segi menstabilkan harga supaya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah bagi menjaga kepentingan pengusaha,” kata Ismail kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis Bukit Bintang di Sungai Batu Pahat, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali.

Katanya mempelam harumanis yang eksklusif menjadi terkenal dan mendapat permintaan tinggi tetapi pengeluarannya tidak dapat memenuhi permintaan walaupun untuk eksport.

“Orang marah kerana harganya tinggi bermakna baik untuk industri harumanis tetapi jika orang buat tak kisah dan tidak peduli bermaksud mempelam tersebut bukan lagi eksotik atau eksklusif,” kata Ismail.


Pada masa ini buah tersebut dijual antara RM30 hingga RM40 sekilogram bergantung pada gred.

Terdahulu, beliau menyaksikan acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Koperasi Jabatan Pertanian Perlis Berhad yang diwakili pengurusnya Rosli Mat Seman dengan Kayazon Berhad yang diwakili Datuk Junz Cheah Tien Chun.

Syarikat tersebut akan menjadi pengeksport mempelam harumanis ke negara China dan Hong Kong. – BERNAMA

Kategori