Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ayu Dilarang Bertemu Suami

GUA MUSANG - Kanak-kanak 11 tahun yang berkahwin dengan peraih getah berusia 41...

Remaja Mengaku Tidak Bersalah...

KUANTAN - Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

AS Turunkan Penarafan Keselamatan...

KUALA LUMPUR/WASHINGTON - Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat menurunkan penarafan keselamatan ruang...

DAP Minta Melayu Jangan...

KUALA LUMPUR - DAP meminta orang Melayu mengabaikan segala sumbangan dan jasa yang...

Harap Hubungan Diplomatik Johor-Brunei Erat

JOHOR BAHRU – Hubungan diplomatik antara Johor dan Brunei Darussalam dapat dieratkan menerusi program berterusan pertukaran dan pinjaman pegawai antara kedua-dua kerajaan, titah Sultan Johor hari ini.

“Semoga usaha murni yang dicurahkan ini akan mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT,” titah Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ketika merasmikan seminar Tokoh Antarabangsa Pehin Datuk Seri Utama Dr Ismail Omar Abdul Aziz sempena Kemahkotaan Sultan Johor di sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin serta Mufti Brunei Pehin Datu Seri Maharaja Datuk Paduka Seri Setia Dr Awang Abdul Aziz Juned.

Sultan Ibrahim juga bertitah meminta seminar julung kali itu meningkatkan budaya dan penghayatan agama Islam kepada masyarakat dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Baginda bertitah program itu bakal menjadi pemangkin kepada masyarakat Islam untuk berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, sekali gus mengelak diri daripada terjebak dalam pelbagai fahaman yang menyeleweng.

“Seminar ini bukan hanya sekadar mengenang tokoh yang dibicarakan (Allahyarham Pehin Datuk Seri Utama Dr Ismail) tetapi lebih kepada jasa dan sumbangan yang telah ditinggalkan sepanjang hayatnya sama ada berkhidmat di Johor atau Brunei.

“Semoga jasa dan sumbangan beliau akan menjadi contoh dan ikutan kepada generasi masa kini,” titah baginda sambil mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor kerana menganjurkan seminar itu dengan kerjasama kerajaan Brunei Darussalam.


Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri mahu seminar dua hari itu menjadi ruang pengiktirafan kepada tokoh ulama Johor dan nusantara.

Beliau berharap seminar itu tidak sekadar menjadi muzakarah mengenai perkara asas semata-mata, sebaliknya dijadikan wadah untuk memandu arah beberapa perkara termasuk mengenalpasti strategi yang boleh meletakkan Islam pada kedudukan tertinggi.

Sebanyak 10 kertas kerja akan dibentangkan pada seminar itu yang bertema Memartabatkan Sumbangan Ulama Nusantara.

Allahyarham Ismail, yang berasal dari Kampung Rengit, Batu Pahat, merupakan mufti pertama kerajaan Brunei dan berkhidmat kira-kira 28 tahun di negara itu sebelum meninggal dunia di Bandar Seri Begawan pada 1993.

Ismail dipinjamkan kerajaan Johor untuk menjadi Mufti Brunei mulai 1 April 1962 hingga 31 Mac 1965 dan kemudian menjadi Mufti Brunei secara kontrak mulai 11 Mac 1967 selepas bersara dalam perkhidmatan kerajaan Johor pada 1 Jan 1967. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori