Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JDT Tak Risau Sekadar...

JOHOR BAHRU - "Tiada apa yang perlu saya risaukan pada perlawanan malam semalam,"...

Kekuatan UMNO Tidak Bergantung...

ALOR SETAR - UMNO sama sekali tidak bergantung kepada kelemahan dan masalah pihak...

Peruntuk RM50 Juta Untuk...

SERDANG - Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk individu termasuk siswazah yang berminat memulakan...

Rebat Prabayar: Sistem Khusus...

CYBERJAYA - Satu sistem khusus termasuk untuk membezakan pengguna telefon mudah alih tempatan...

Haram Pasangan Yang Belum Berkahwin Jadi Pembonceng

Banda Aceh – Sebuah daerah di Aceh meluluskan satu undang-undang yang mengharamkan pasangan yang belum berkahwin menaiki motosikal bersama.

Anggota Parlimen Aceh Utara, Fauzan Hamzah semalam berkata, undang-undang itu diluluskan pada minggu lalu dan akan berkuatkuasa dalam tempoh setahun lagi.

Tambahnya, pihak berkuasa daerah itu juga berusaha untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah sepenuhnya.

“Pasangan belum berkahwin yang duduk terlalu rapat di atas motosikal, jelas melanggar undang-undang Islam.

“Perlakuan seperti ini boleh mendorong pasangan belum berkahwin melakukan perkara tidak bermoral,” katanya.

Pihak berkuasa daerah Aceh Utara turut mengharamkan konsert muzik dan mengarahkan pelajar lelaki dan perempuan diasingkan di sekolah.


Kata Fauzan, pihak berkuasa daerah itu masih belum memutuskan hukuman yang bakal dikenakan kepada pasangan yang belum berkahwin menaiki motosikal bersama.

“Pesalah mungkin akan dikenakan denda atau dihalau dari kampung mereka.

“Kami mahu perkara yang membawa kepada dosa besar ini dihapuskan dari Aceh Utara,” tegasnya. – Agensi

SATU pasangan dilihat menaiki motosikal di Banda Aceh semalam.

https://www.youtube.com/watch?v=CbigEEjpcW8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori