Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gerakan Jatuhkan PM Tindakan...

KUALA LUMPUR - Gerakan deklarasi rakyat yang kononnya mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk...

22 Pendatang Asing Warga...

KOTA KINABALU - Polis menahan 22 pendatang asing tanpa izin warga Filipina menerusi...

SJKT Taman Keladi Dijangka...

SUNGAI PETANI - Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Keladi di sini...

Surat Dakwa Zuraida Sertai...

KUALA LUMPUR - Sebaran surat menyatakan kononnya Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin memohon...

Hanya J/kuasa Pemilih Boleh Tentukan Kedudukan Tony Pua Dalam PAC

KUALA LUMPUR – Kedudukan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat, kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata ini kerana anggota PAC dilantik oleh jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Nama beliau (Pua) dicadangkan oleh parti dan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilih. Jadi hanya jawatankuasa yang boleh menggantung keanggotaan beliau,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nur Jazlan mengulas mengenai kedudukan Pua dalam PAC berikutan dakwaan pertemuan anggota Parlimen DAP itu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo di Singapura.

Semalam, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional turut menggesa Pua mengecualikan diri daripada terlibat dalam siasatan PAC terhadap syarikat pelaburan kerajaan itu.

Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata langkah itu bagi memastikan kredibiliti PAC tidak dipersoal rakyat berikutan dakwaan pertemuan itu.


Sebelum ini, terdapat dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Nur Jazlan turut menjelaskan keanggotaan Pua dalam PAC tidak menjejaskan siasatan jawatankuasa itu terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Memandangkan kami (anggota PAC) dipilih daripada parti, kami hanya buat kerja kami untuk memberi pandangan dan kami neutral,” katanya.

PAC memulakan prosiding siasatan terhadap 1MDB pada 19 Mei lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori