Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Stacy Selamat Lahirkan Bayi...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Stacy Anam atau Ummu Shaikhah Stacy Anam  selamat melahirkan...

PBT Perlu Akur Kelulusan...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa tempatan (PBT) sewajarnya membenarkan operasi semua sektor ekonomi...

4 ‘Datuk’ Direman 5...

PUTRAJAYA - Enam individu termasuk empat bergelar 'Datuk' direman lima hari untuk membantu...

KJ Pertikai Lantik Pengerusi...

BIDAS... Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pertikai pelantikan Azhar Azizan @Harun sebagai pengerusi...

Hanya 2.2 Peratus Rakyat Malaysia Menderma Darah

KUALA LUMPUR – Hanya 2.2 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia menderma darah berbanding 3.5 hingga lima peratus yang dicatatkan di negara maju, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang takut menderma darah kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan.

Menurutnya, pada tahun lepas, sebanyak 675,315 beg darah berjaya dikutip daripada penderma darah di seluruh negara, yang telah diproses dan digunakan untuk merawat 337,807 pesakit yang memerlukan.

“Ini bermakna secara purata kita perlu menyediakan hampir 2,000 beg darah bagi kegunaan 925 pesakit setiap hari di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat kebangsaan 2015 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Subramaniam berkata kesedaran rakyat negara ini mengenai pentingnya menderma darah perlu sentiasa ditingkatkan meskipun jumlah penderma bertambah setiap tahun.

“Bagi mereka yang belum pernah menderma darah, mereka perlu diberi kesedaran yang lebih tinggi mengenai kebaikan menderma darah.


“Kadang-kadang orang ramai bimbang apabila derma darah ini akan mendatangkan kesan sampingan dan sebagainya kepada mereka … tidak perlu bimbang kerana pemeriksaan saringan akan dilakukan terlebih dahulu sama ada mereka boleh menderma darah atau tidak,” katanya.

Pada bulan Ramadan tidak lama lagi, Dr Subramaniam menggalakkan individu Muslim yang ingin menderma darah untuk mengambil makanan yang agak berat semasa bersahur, dan menderma darah pada waktu pagi.

“Semua lapisan masyarakat digalakkan tampil menderma darah bagi membantu memastikan bekalan darah mencukupi di semua hospital pada bulan Ramadan,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori