Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Maya Matahari Meninggal Dunia

PENYANYI dan penyampai radio, Haiza mengesahkan berita mengenai penyanyi, Mya Ruslee atau Maya...

Bekas Gitaris Ekamatra Dipenjara...

ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10...

Fitnah Jahat MB Kedah...

SYUKUR Alhamdulillah, akhirnya krisis politik Kedah berakhir dengan perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz...

Loji Janakuasa 300MW Akan...

SANDAKAN - Sebuah loji janakuasa gabungan kitaran gas 300-megawatt (MW) akan dibina bagi...

Hampir Setengah Juta Individu Diberi Penerangan GST

KUALA LUMPUR – Hampir setengah juta individu telah menerima penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga kini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata penerangan itu melalui program taklimat dan latihan mengenai GST yang dilaksanakan di seluruh negara.

“Sehingga kini lebih 5,883 program dilaksanakan melibatkan hampir 482,759 peserta,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Khairudin E.S Abd Samad mengenai persiapan dan usaha terkini kerajaan dalam melaksanakan GST yang akan berkuat kuasa 1 April tahun depan.

Ahmad bagaimanapun berkata beliau yakin lebih banyak lagi dalam kalangan masyarakat telah menerima penerangan GST melalui program penerangan televisyen dan radio.

“Tetapi ini (setengah juta individu) tidak termasuk program seperti misalnya saya bersiaran langsung di televisyen, saya dapat surat menyatakan bahawa satu juta rakyat menonton program itu,” katanya.

Bagi memastikan penerangan diberi secara menyeluruh sehingga ke kawasan pedalaman, Ahmad berkata kerajaan terus proaktif melaksana empat ceramah di setiap kawasan parlimen termasuk yang dikuasai pembangkang.


Mengenai syarikat yang berdaftar bagi GST, beliau berkata sebanyak 179,355 syarikat telah mendaftar sehingga semalam.

Beliau berkata dengan jumlah itu, kerajaan optimis sasaran untuk mendapatkan 220,000 syarikat mendaftar menjelang akhir bulan ini, akan tercapai.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengambil beberapa langkah membantu perniagaan yang mencapai nilai ‘threshold’ tetapi masih belum mendaftar termasuk memuatnaik ‘Multimedia video for Registration’ (pendaftaran melalui video multimedia) bagi menggalakkan peniaga membuat pendaftaran terutama secara online.

“Mengadakan hari terbuka GST atau Hari Bertemu Pelanggan bagi membantu perniagaan mendaftar dan memperbanyakkan program pendaftaran ‘in-situ’ di setiap taklimat GST yang diadakan,” katanya.

Beliau berkata secara umumnya, inisiatif yang diambil itu memudahkan proses pendaftaran CBP dengan purata syarikat yang berdaftar kini mencecah 2,500 buah dalam sehari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori