Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Tertuduh Ke-2 Tidak...

KUALA LUMPUR - Bekas tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk...

5 Pemimpin Srikandi PPBM...

ALOR SETAR - Pergolakan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin parah apabila...

MCMC Proaktif Selesai Masalah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengambil pendekatan proaktif bagi menyelesaikan masalah...

Isytihar Walaupun Tiada Harta...

PETALING JAYA - “Isytiharlah walaupun tiada harta”. Demikian nasihat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Hampir 100,000 Graduan Dibantu Menerusi SL1M

KUALA LUMPUR – Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berjaya memperkasakan siswazah dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk memperoleh pekerjaan dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak dilancarkan pada 1 Jun 2011 sehingga Disember 2016, sebanyak 99,000 siswazah telah dibantu secara langsung dan tidak langsung.

“Daripada jumlah ini, 90 peratus mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat swasta dan ada sebahagiannya yang berjaya diserap di syarikat yang melatih mereka.

“Saya dimaklumkan bahawa kehidupan peserta-peserta berubah menjadi lebih baik selepas mereka menyertai program SL1M,” kata Najib menerusi catatan di laman blog, najibrazak.com hari ini.

Perdana menteri berkata program SL1M itu bagaikan satu ‘tempoh percubaan’ dan dalam tempoh latihan, peserta telah mendapat pengalaman, memahami dan belajar berkenaan selok-belok serta cara bekerja yang betul daripada syarikat yang melatih mereka.

“Ini menunjukkan bahawa program SL1M telah berjaya menjadi titik sentuhan langsung kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia secara amnya, terutama yang datang daripada keluarga miskin atau tinggal di kawasan pedalaman, termasuk golongan miskin bandar,” katanya.


Perdana menteri turut berkongsi kisah kejayaan beberapa individu setelah menyertai program SL1M.

“Antaranya Saudari Pajilawati merupakan anak nelayan dari Kudat, Sabah, sekarang bekerja dengan Malaysia Airlines Berhad, Saudara Loi Tick Hong anak penoreh getah, sudah enam tahun bekerja di CIMB Bank, Saudara Basker yang dulu bapanya pemandu lori kini bekerja di Telekom Malaysia dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau juga berkata isu kebolehpasaran graduan ini amat penting dalam mencapai agenda pembangunan negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

“Melalui inisiatif kerajaan seperti SL1M, kita akan dapat menghasilkan generasi muda yang berdaya maju, kreatif dan berinovatif serta berdaya saing yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan,” katanya. – BERNAMA

Kategori