Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

APMM Lumpuhkan Kegiatan Nelayan...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya melumpuhkan aktiviti menangkap ikan menggunakan...

Hari Malaysia: Meraikan Perpaduan...

KOTA KINABALU - Pada Sabtu ini, 16 Sept, rakyat Malaysia akan menyambut Hari...

Lelaki Melecur Akibat Letupan...

KUANTAN - Seorang lelaki melecur teruk akibat letupan gas di rumahnya di Taman...

Lelaki Ini Dijumpai 10...

Kuala Lipis - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai...

Hamas-Israel Setuju Gencatan Senjata

GAZA – Pemerintah Islam Gaza, Hamas dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata awal hari ini, kata jurucakap parti Palestin itu selepas lima orang termasuk seorang askar Israel terbunuh semalam.

“Menerusi usaha Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kami mencapai persetujuan untuk kembali kepada keadaan tenang di antara pendudukan Israel dan puak-puak Palestin,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan.

Ia adalah kesepakatan gencatan senjata yang kedua dicapai antara dua pihak terbabit dalam satu minggu dan berlaku ketika wujud kebimbangan bahawa perang baru akan tercetus.

Semalam, seorang askar Israel ditembak mati susulan serangan Palestin di sepanjang sempadan, pembunuhan pertama membabitkan askar di dalam dan sekitar Gaza sejak perang 2014.

Tiga pejuang Hamas terbunuh selepas Israel membalas dengan serangan udara ke atas berpuluh-puluh sasaran.


Lelaki Palestin yang keempat terbunuh selepas ditembak ketika protes di sempadan Gaza-Israel.

Israel dan Hamas terbabit dalam tiga peperangan sejak 2008. – AFP/BH ONLINE

Kategori