Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Netizen Kecam Bapa Ajar...

SEORANG lelaki di Turki dikecam netizen selepas tersebarnya video yang mengajarkan anaknya menggunakan...

Apple Patenkan Teknologi Baru...

'KEMALANGAN' seperti terjatuhnya telefon pintar ke lantai yang seterusnya membuatkan skrin sesentuh peranti...

Pemimpin Dipecat Boleh Sertai...

KUALA TERENGGANU : Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja...

Paskal Raih RM2 Juta...

KUALA LUMPUR - Filem aksi ketenteraan, Paskal, mencatat kejayaan awal membanggakan apabila pungutan...

Halal: PKS Digesa Terima Perubahan Distruktif

KUCHING – Perniagaan halal di seluruh dunia perlu terima perubahan untuk kekal relevan dalam industri, kata Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim.

Bercakap kepada Bernama pada Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-13 di sini hari ini, beliau berkata perubahan tidak dapat dielakkan, sama ada perubahan distruktif atau perubahan untuk menjadi lebih baik.

“Halal sebenarnya boleh dilakukan secara digital, secara manual dan secara fizikal, namun syarikat, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mesti mengubah model perniagaan mereka.

“Pasaran kini sangat besar, dan ia bukan hanya mengenai pensijilan bagi produk makanan, malah telah berkembang kepada kewangan Islam, logistik, kosmetik dan farmaseutikal,” katanya.

Hafsah berkata perkara utama yang akan muncul dalam pasaran ialah perjalanan halal yang akan menghubungkan logistik seperti Uber kepada tempat penginapan (Airbnb) serta dapur hotel (dapur halal), dengan kesemua perkhidmatan pembayaran dilakukan melalui kewangan Islam.

“Inilah gaya hidup yang kita tuju, yang mewujudkan peluang untuk perniagaan seperti PKS.


“Mereka sepatutnya dapat merebut peluang dari segi penawaran dalam ekosistem halal,” katanya, sambil menambah bahawa SME Corp menerima respon positif daripada syarikat-syarikat, sama ada tempatan atau asing, untuk membantu mereka meneroka pasaran halal dan mendigitalkan perniagaan.

Thomson Reuters, dalam Laporan Ekonomi Islam Global 2016/2017, menyebut ekonomi Islam antara lain melibatkan makanan halal, kewangan Islam, perjalanan halal, fesyen sederhana, farmaseutikal dan kosmetik, dijangka mencapai US$3 trilion (US$1=RM4.12) menjelang 2021. – BERNAMA

Kategori